• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selesema: Ayam Daging Di Pasaran Selamat Dimakan

oleh Ahmad Albab
16/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Penduduk di negeri ini tidak perlu bimbang untuk membeli ayam daging di pasaran kerana ia selamat untuk dimakan walaupun kini berlaku wabak selesema burung (H5N1).

Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Maher berkata setakat ini, penyakit selesema burung hanya membabitkan ayam kampung di negeri ini.

“Setakat ini, wabak ini tidak melibatkan jangkitan pada manusia. Jangkitan virus ini jarang berlaku dan sukar berjangkit daripada seorang manusia kepada manusia lain,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini.

Bagaimanapun, Dr Ahmad Razin berkata sebagai langkah pencegahan, amalan kebersihan perlu diutamakan dalam pengendalian ayam dan unggas lain.

Antara langkah pengendalian ayam yang selamat ialah proses pencucian menggunakan air yang terawat, memastikan tiada sisa-sisa najis yang terlekat di daging dan juga peralatan memasak selain mengamalkan kaedah mencuci tangan dengan air bersih sebelum dan selepas mengendalikan makanan.

“Kita juga perlu mengelakkan pemprosesan ayam mentah bersentuhan dengan lantai dan menggunakan peralatan yang berbeza bagi mengendalikan ayam mentah dan ayam yang dimasak,” katanya.

Beliau menasihati orang ramai agar tidak melakukan kontak secara terus dengan unggas yang dijangkiti virus H5N1 termasuk air, barang-barang atau pakaian yang dicemari najis haiwan berkenaan.

Dalam pada itu, beliau berkata penduduk di negeri ini perlu peka dengan tanda-tanda dan gejala selesema burung seperti demam tinggi (melebihi 38 darjah Celcius), sakit tekak, batuk, sakit kepala, sakit otot, sakit sendi dan letih lesu, dengan mendapatkan rawatan awal di klinik kesihatan.

Virus H5N1 yang menyerang unggas dikesan di Kampung Pulau Tebu, Tunjong di sini pada 6 Mac lepas setelah beberapa ekor ayam kampung mati.

Semalam, kerajaan Kelantan telah mengisytiharkan wabak selesema burung sebagai bencana negeri.

Ini berikutan merebaknya wabak itu di dua lagi jajahan iaitu Bachok dan Pasir Puteh selepas Kota Bharu dan Pasir Mas. – BERNAMA

Tags: ayamSelesema Burung
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sekurang-kurangnya Rakyat Mesti Ada Nasi, Ayam, Telur, Sayuran

Sekurang-kurangnya Rakyat Mesti Ada Nasi, Ayam, Telur, Sayuran

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Komitmen kerajaan untuk memastikan rakyat sekurang-kurangnya mesti ada nasi dan protein seperti ayam dan telur serta sayuran...

‘Harga Ayam Di Sabah Cecah RM16.50 Sekilogram’ – Bung Moktar

‘Harga Ayam Di Sabah Cecah RM16.50 Sekilogram’ – Bung Moktar

18/01/2025
0

KOTA KINABALU - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag, Datuk Seri Bung Moktar Radin meminta kerajaan Sabah mengambil langkah serius...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd