Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Janji Dapat Bayar Zakat...

PERASAAN meluat dan tohmahan khalayak terhadap strategi pemasaran kosmetik D'Herbs Holdings (M) Sdn...

Beberapa Jalan Sekitar Ipoh...

IPOH – Beberapa jalan utama sekitar bandar raya ini akan ditutup dan dilencongkan...

Kejam… Daesh Guna Kamera...

KUMPULAN militan Daesh telah meletupkan dua wartawan dengan menggunakan kamera dan laptop yang...

Pasar Raya Di Tawau...

TAWAU - Sebuah pasar raya di Batu 3 di sini diarah menghentikan penjualan...

Sedia Lepaskan Jawatan Ketua Jurulatih Singa Utara

KANGAR – Ketua Jurulatih Perlis Razip Ismail berkata beliau sedia melepaskan jawatan sekiranya Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) tidak berpuas hati dengan khidmatnya.

Katanya beliau telah melakukan segala yang terdaya berdasarkan sumber yang ada untuk cuba melakar kemenangan bagi pasukan Singa Utara itu.

“Saya melakukan segalanya termasuk menukar strategi, pemain dan merehatkan pemain import namun apakan daya keupayaan mereka terhad dan pilihan yang adapun terhad.

“Mereka (PFA) hendak jawapan tapi bila saya bagi jawapan tidak pula diterima,” kata Razip kepada pemberita di sini semalam.

Beliau mengulas amaran PFA yang mahu menggugurkannya jika Perlis terus merudum dalam saingan Liga Perdana.

Dalam saingan menentang Terengganu semalam, pasukan Singa Utara itu tersungkur 1-2 di laman sendiri, sekali gus menjadikan kekalahan keenam pasukan tersebut daripada lapan perlawanan setakat ini.

Kekalahan semalam yang mengekalkan Perlis di tangga tercorot liga dengan hanya dua mata turut meletakkan kedudukan Razip seperti telur di hujung tanduk.

Prestasi buruk Perlis membangkitkan kemarahan sekumpulan peminat tegar Singa Utara itu yang bertindak menunggu Razip di luar stadium sebaik selesai perlawanan semalam.


“Penyokong harus memahami situasi Perlis yang kekurangan banyak sumber khususnya pemain. Macam mana hendak menang dengan barisan pemain ini yang ditolak pasukan lain. Pemain inipun sebenarnya tidak layak bertanding dalam Liga Perdana.

“Semua pemain utama musim lepas telah berhijrah menyertai pasukan lain. Jadi, saya harap sangat agar penyokong melihat secara menyeluruh. Jangan hanya lihat semuanya negatif apabila kalah,” kata Razip.

Beliau juga berkata telah mengemukakan masalah yang dihadapinya kepada pengurusan PFA.

Mengenai pemian import pasukan itu, Razip berkata ketiga-tiga mereka iaitu Damion Delano Steward, Oh Kyu Bin dan Brandon Adams masih terumbang-ambing mencari keserasian dalam pasukan.

Malah katanya, beliau akan mengusulkan agar Stewart serta Oh digugurkan daripada pasukan semasa pertukaran pemain pada pertengahan musim selain mendapatkan pemain baharu tempatan untuk memperkukuh pasukan. – BERNAMA

Kategori