Saturday, October 5, 2024

Creating liberating content

Fasha Akui Rapat Dengan...

SEMENJAK menjadi ibu tunggal, pelakon popular Fasha Sandha tidak pernah dikaitkan dengan mana-mana...

Krismas Dirai Meriah, Perkukuh...

KUALA LUMPUR — Sambutan Hari Krismas diraikan meriah hari ini dengan tradisi kunjung-mengunjung...

“Malam Yang Akan Diingat...

WAYNE Rooney tidak dapat menahan sebak selepas aksi perlawanan persahabatan England bertemu Amerika...

Vietnam Minta Malaysia Tingkat...

HANOI - Vietnam meminta Malaysia meningkatkan hubungan dagang dan pelaburan antara kedua-dua negara,...

Rembau Laksana ‘Buang Sampah & Tebus Ganjaran’

REMBAU – Rembau menjadi lokasi pertama di negeri ini melaksanakan Sistem Pembuangan Sampah Kering iCycle yang menggunakan konsep ‘Buang Sampah dan Tebus Ganjaran’.

Pengasas syarikat kitar semula Icycle Pangkor Environment Tech Sdn. Bhd. (iCYCLE), Dr. Tan Ching Seong berkata sistem ini sudah dilaksanakan di Perak sejak Oktober tahun lepas dan mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat setempat.

“Sistem iCycle menggunakan kaedah pengekodan kod bar yang membolehkan penduduk setempat membuang sampah kitar semula ke dalam tong khas atau iCycle Bin, serta mengumpul mata dan menebus ganjaran sama ada dalam bentuk wang tunai, baucer beli-belah atau barangan keperluan.

“Setiap rumah di kawasan ini akan diberikan satu pelekat kod bar yang akan ditampal pada sampah yang boleh dikitar semula. Pihak syarikat kemudiannya akan menimbang sampah tersebut yang mana setiap satu kilogram akan mendapat dua mata, dan satu mata bernilai 5 sen,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas majlis pelancaran Sistem Kitar Semula iCycle dan penutup Program Khidmat Masyarakat MOSTI 2016 : Menghormati Alam Sekitar – Saya Tidak Suka Plastik’ peringkat daerah Rembau.


Program anjuran Yayasan Inovasi Malaysia dengan kerjasama Pan Pacific South East Asia Women’s Association itu disempurnakan isteri anggota Parlimen Rembau, Nori Abdullah dan dihadiri 100 peserta.

Tan berkata sebanyak 20 iCycle Bin akan diletakkan di sekitar Rembau bagi memudahkan dan menggalakkan masyarakat setempat mengitar semula sampah kering. – BERNAMA

Kategori