• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rasuah: Dua Anggota Polis Direman Enam Hari

oleh Ahmad Albab
21/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Dua anggota polis masing-masing berpangkat sarjan mejar dan koperal direman enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan terhadap tuduhan rasuah di Kulim.

Perintah tahanan reman dikeluarkan Penolong Pendaftar Kanan Mahkamah Sesyen, Rusmini Mat Rashid.

Kedua-dua suspek yang berusia 57 dan 53 tahun itu direman bagi membolehkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mana lebih tinggi.

Akhbar semalam melaporkan kedua-dua suspek ditahan di sekitar Kulim antara 9 dan 10 pagi oleh sepasukan anggota SPRM.

Sumber SPRM memberitahu, kedua-dua suspek disyaki meminta dan mengambil rasuah RM850 hingga RM900 secara bulanan daripada pengusaha lori sebagai dorongan agar pengusaha pengangkutan tersebut tidak dikenakan saman atas kesalahan lalu lintas.

Antara kesalahan lalu lintas itu ialah tidak mempunyai insurans perlindungan, tiada cukai jalan dan kesalahan lain di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Anggota polis berpangkat sarjan mejar berusia 57 tahun itu bertugas di Balai Polis Mahang, Kulim dan anggota yang berpangkat koperal berusia 53 tahun bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim (IPD) Kulim.

Sementara itu, Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Simi Abd Ghani ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.

SPRM katanya memandang serius perbuatan itu kerana ia boleh mengundang kejadian tidak diingini kerana ia melibatkan nyawa pengguna jalan raya lain. – BERNAMA

Tags: Kes Rasuah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

28/01/2026
0

MELAKA: Seorang pegawai kanan tentera ditahan reman selepas disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM150,000 berkait kerja perbekalan bahan mentah...

Lima Direman Kes Rasuah Pegawai Kanan TLDM

Lima Direman Kes Rasuah Pegawai Kanan TLDM

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Lima individu direman bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah membabitkan pelantikan syarikat kroni seorang pegawai kanan Tentera Laut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd