Friday, May 3, 2024

Creating liberating content

Lebih 500 Orang Asli...

JELI - Lebih 500 penduduk Orang Asli menerima suntikan vaksin di Program Outreach...

Polis Perlu Bertindak: Ini...

IMEJ polis dalam menentang jenayah nampak cemerlang sejak era penubuhan pelbagai skuad khas...

Bayar Gaji Lumayan, JDT...

KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) melahirkan rasa kesal di...

9 Polis Ditahan Edar...

JOHOR BAHRU - Polis Johor menahan sembilan anggotanya dan seorang orang awam kerana...

Rakyat Perlis Harus Berjiwa Besar Untuk Maju

KANGAR – Rakyat Perlis harus berjiwa besar dengan melihat negeri kecil ini dalam konteks kemampuannya menjadi negeri maju dan cemerlang, titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Dalam hubungan itu, baginda mahu rakyat Perlis mengikis segala rasa ketidakmampuan, rendah diri dan enggan berusaha agar usaha melahirkan modal insan terbaik dalam pelbagai bidang dapat dijayakan.

“Beta ingin melihat Perlis cemerlang dan maju seperti negeri-negeri lain. Bagi merealisasikan hasrat ini, kita perlukan modal insan yang mantap dan dapat melihat masa hadapan,” titahnya.

Justeru, kita pelru mengubah pemikiran dengan mula membina jiwa besar mulai sekarang,” titah Tuanku Syed Faizuddin ketika merasmikan program Titian Kasih Mega Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abi di sini hari ini.

Pogram tersebut dianjurkan oleh Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Perlis.

Berangkat sama pada majlis itu ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shareen Akashah Khalil.


Tuanku Syed Faizuddin, yang juga pengerusi YTSP, bertitah sesuatu yang ‘besar’ bermula dengan semangat dan jiwa besar.

“Beta penuh yakin rakyat Perlis mempunyai keazaman untuk mengatasi apa jua kekurangan demi untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negeri-negeri lain dalam segala aspek,” tambah baginda.

Bersempena program itu, baginda berdua berkenan menanam pokok bunga kertas dalam kawasan sekolah dan menyempurnakan gimik pelancaran Hari Tentera Darat ke-84 peringkat SMK Abi. – BERNAMA

Kategori