• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Raja Salman Ke Indonesia Akhiri Lawatan Di Malaysia

oleh Ahmad Albab
01/03/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud berlepas hari ini menuju Indonesia selepas menamatkan lawatan negara selama empat hari ke Malaysia mulai Ahad lepas.

Menyaksikan baginda berlepas dari Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang juga Menteri Pengiring semasa lawatan baginda.

Malaysia merupakan negara pertama lawatan baginda ke rantau Asia Tenggara sejak menaiki takhta pada 2015.

Raja Salman membuat lawatan negara selama tiga hari ke Indonesia.

Raja Salman diberi sambutan negara pada Ahad di Dataran Parlimen untuk memulakan lawatan negara serta mempunyai jadual padat sepanjang lawatan empat hari baginda.

Pada Ahad, baginda turut menghadiri majlis santapan negara di Istana Negara yang diraikan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

Baginda turut dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan oleh Universiti Malaya dan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dalam Sains Politik (Islam dan Wassatiyyah) serta Anugerah Pencapaian Cemerlang Seumur Hidup oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Lawatan Raja Salman juga menyaksikan beberapa perjanjian persefahaman ditandatangani termasuk Perjanjian Pembelian Saham bernilai RM31 bilion antara Saudi Aramco dan Petronas.

Di KLIA, baginda dan Najib berjabat salam dan berpeluk-pelukan sebelum baginda yang merupakan Penjaga Dua Masjid Suci menaiki pesawat khas baginda.

Kunjungan sulung Raja Salman ke Malaysia adalah atas jemputan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V. – BERNAMA

Tags: MalaysiaRaja Salman Abdulaziz Al Saud
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Adalah Negara Islam Secara Fikhi, Geografi, Sejarah Dan Realiti – Mufti Wilayah

Malaysia Adalah Negara Islam Secara Fikhi, Geografi, Sejarah Dan Realiti – Mufti Wilayah

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Mufti Wilayah Persekutuan, Ahmad Fauwaz Fadzil mengingatkan semua pihak bahawa Malaysia adalah negara Islam. Beliau menerusi satu...

Malaysia Menyatukan Pelbagai Negara Dan Bangsa Lain

Malaysia Menyatukan Pelbagai Negara Dan Bangsa Lain

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Malaysia kini menjadi sebuah negara yang menyatukan pelbagai negara dan bangsa lain atas semangat keamanan. Perdana Menteri,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd