• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Promosi Daging Itik Sebagai Alternatif Ayam – Exco

oleh
09/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIK – Kerajaan Negeri Kedah berhasrat menggiatkan usaha mempromosikan daging itik sebagai makanan alternatif menggantikan ayam ke seluruh daerah di negeri ini, kata seorang anggota Exco.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pertanian dan Industri Asas Tani dan Pembangunan Usahawan Negeri, Datuk Suraya Yaacob berkata, daging itik mempunyai potensi besar untuk
dikembangkan pasarannya.

“Kerajaan Negeri Kedah menerusi Kumpulan Ladang Perbadanan Kedah, memiliki ladang menternak kira-kira 50,000 itik daging di Sungai Petani dengan pengeluaran kira-kira 15,000 ekor itik seminggu, namun permintaan hanya datang dari negeri lain.

“Sebab itu kita akan giatkan promosi dan kita berharap semua pihak khususnya peniaga makanan, dapat turut sama membantu mengetengahkan itik sebagai makanan alternatif,” katanya kepada pemberita selepas meninjau Jualan Ikan Rakyat di tapak pekan sehari Sik di sini, hari ini.

Tambahnya, harga pasaran sekilo itik ialah RM9 sedangkan harga yang ditawarkan, khususnya di lokasi Jualan Ikan Rakyat, hanya serendah RM7 sekilogram.

“Usaha yang dilakukan kerajaan negeri ini bertujuan membantu mengurangkan beban rakyat, (mereka) ada pilihan lain selain ayam,” kata Suraya.

Terdahulu, tinjauan Bernama di lokasi Jualan Ikan Rakyat di sini mendapati, 80 ekor itik dijual dalam tempoh kurang 20 minit.

Selain itik, hasil laut termasuklah pelbagai jenis ikan, udang dan sotong turut dijual pada harga 30 peratus lebih murah daripada harga pasaran.

Suraya berkata, Jualan Ikan Rakyat dengan kerjasama Persatuan Nelayan Negeri Kedah (Nekad) akan diteruskan ke daerah lain yang kedudukannya terletak jauh dari laut, seperti Baling.

“Kita sudah buat di Pendang dan Sik, selepas ini mungkin di Baling pula, ia terbukti membantu rakyat, contohnya ikan temenung, kita jual pada harga serendah RM11 sekilogram,” katanya. – BERNAMA

Tags: ayamitikKedah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin DAP mendakwa negeri yang mempunyai penglibatan parti itu dalam pentadbiran kerajaannya menunjukkan pembangunan ekonomi yang...

Sekurang-kurangnya Rakyat Mesti Ada Nasi, Ayam, Telur, Sayuran

Sekurang-kurangnya Rakyat Mesti Ada Nasi, Ayam, Telur, Sayuran

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Komitmen kerajaan untuk memastikan rakyat sekurang-kurangnya mesti ada nasi dan protein seperti ayam dan telur serta sayuran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd