• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Kesan Penyebar Berita Palsu Kes Rogol

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Polis Terengganu akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia bagi mengesan individu yang menyebarkan berita palsu kes rogol dan cabul di Pulau Perhentian dan Pulau Redang.

Menyifatkan berita palsu itu sebagai tuduhan liar, Timbalan Ketua Polis Terengganu, Datuk Idris Abdullah berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan perkara tersebut dilakukan oleh mereka yang mahu mensabotaj Tahun Melawat Terengganu 2017.

“Ia mula tersebar apabila pulau-pulau peranginan di Terengganu dibuka semula kepada pelancong setelah lama ditutup sejak akhir tahun lalu berikutan musim tengkujuh.

“Perbuatan ini dikhuatiri boleh menjejaskan sektor pelancongan di Terengganu kerana butiran dalam laporan itu agak menakutkan bagi sesiapa yang membacanya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Polis ke-210 di sini hari ini.

Idris mengulangi bahawa siasatan polis mendapati berita yang disebarkan itu tidak berlaku.

Beliau mengulas perkongsian sebuah portal berita yang memetik ‘pendedahan’ individu menggunakan nama ‘Cheryl Wong’ kononnya berlaku kes rogol dan cabul yang berleluasa di pulau peranginan tersebut selain penggunaan ilmu hitam oleh pemandu pelancong.

Mengulas lanjut, Idris berkata dalam tempoh tiga tahun lalu, polis hanya menerima satu laporan kes cabul di Pulau Kapas serta satu kes rogol di Pulau Perhentian yang berlaku tahun lepas.

“Namun, modus operandinya tidak sama kerana mangsa tidak dicalit dengan minyak dagu atau losyen seperti yang tersebar dalam laporan itu, sebaliknya kes rogol berlaku apabila mangsa yang mabuk dirogol pekerja pusat hiburan manakala kes cabul pula berlaku ketika aktiviti snorkeling di perairan Pulau Kapas,” katanya.

Sehubungan itu beliau meminta pelancong wanita agar tidak bimbangkan keselamatan mereka jika mahu ke pulau-pulau peranginan di Terengganu. – BERNAMA

Tags: kes rogolpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd