• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Sangkal Dakwaan Paderi Telah Dibunuh

oleh Ahmad Albab
07/03/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Polis hari ini menyangkal dakwaan bahawa seorang paderi yang dipercayai diculik di Jalan Bahagia, Petaling Jaya pada bulan lepas dibunuh dan mayatnya telah dijumpai.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Fadzil Ahmat berkata siasatan terhadap kes itu masih berjalan malah diperhebatkan.

“Semua dakwaan itu tidak benar, hanya khabar angin. Kita bagaimanapun telah perhebatkan siasatan terhadap kes ini dan sehingga kini tiada tangkapan dilakukan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penyebaran maklumat menerusi WhatsApp yang mendakwa polis menutup laluan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor dan paderi itu telah dibunuh serta mayatnya telah ditemui.

Mengulas lanjut, Fadzil berkata sehingga kini pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung penyebaran maklumat tersebut, namun akan menyiasat sumber yang mengeluarkannya.

Beliau turut meminta semua pihak supaya tidak menyebarkan maklumat tidak benar sehingga boleh mengganggu siasatan kes tersebut.

“Memandangkan kes ini adalah kes berprofil tinggi, kita minta supaya mana-mana pihak tidak sewenang-wenangnya menyebarkan maklumat tidak benar yang boleh menganggu siasatan,” katanya.

Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati laluan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor tidak ditutup seperti yang didakwa.

Media sebelum ini melaporkan mangsa yang berusia 62 tahun dipercayai diculik oleh sekumpulan lelaki bertopeng pada 13 Februari lalu.

Laporan turut menyebut paderi itu kali terakhir dilihat memandu kereta jenis Honda Accord seorang diri semasa kejadian. – BERNAMA

Tags: Paderipolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd