• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Rampas Hampir 70kg Ganja Bernilai RM250,000

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Polis menahan tiga anggota sindiket pengedaran dadah dan merampas ganja seberat 69.46kg bernilai RM250,000 dalam serbuan di sebuah rumah sewa di Taman Cempaka di sini, semalam.

Pemangku Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan berkata serbuan sekitar 1 pagi hingga 5 pagi itu dilakukan sepasukan polis anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman bersama Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (STING) Bukit Aman dengan kerjasama JSJN Perak.

Katanya, hasil pemeriksaan polis menemukan 70 ketulan daun mampat dipercayai ganja yang disorokkan dalam but dan ruang pintu kiri serta kanan sebuah kereta yang diletakkan berhampiran rumah berkenaan.

“Dalam serbuan itu, polis menahan tiga lelaki dan menyita sebuah kereta serta barangan kemas dengan nilai keseluruhan berjumlah RM30,000,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak, di sini hari ini.

Bagaimanapun, katanya, ujian air kencing terhadap kesemua suspek berusia 31 hingga 38 tahun itu didapati negatif dadah dan salah seorang daripadanya mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan samun.

Hasnan berkata dua suspek merupakan penganggur dan seorang bekerja di bengkel kereta dipercayai aktif melakukan kegiatan mengedar dadah sejak tiga bulan lepas di sekitar Perak dan Lembah Klang serta bekalan tersebut mampu menampung 140,000 penagih dadah.

Katanya, kesemua lelaki berkenaan ditahan reman selama seminggu sehingga Isnin depan bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya.

Sementara itu, Hasnan berkata dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini, seramai 897 orang telah ditangkap atas pelbagai kesalahan dadah berbanding 763 orang bagi tempoh yang sama tahun lepas.

“Ini menunjukkan peningkatan 18 peratus dan trend penggunaan dadah jenis sintetik seperti Eramin 5 serta syabu semakin membimbangkan dalam kalangan penagih dadah,” katanya. – BERNAMA

Tags: ganjapolis
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd