Saturday, October 5, 2024

Creating liberating content

“Satu Malam Sahaja, 13...

KEWUJUDAN bonggol berkembar ‘maut’ berdekatan dengan Persiaran Puchong Perdana, dekat Kompleks Puchong Perdana...

Video: Janji Zamihan Letak...

Mungkin ramai yang sudah tahu, saya bukanlah peminat Dr Maza. Tapi cara Zamihan...

ADUN PAS Akal Kat...

Kalau hendak kata rakyat Malaysia tidak memahami rasa terperanjat, takut, simpati dan keinsafan...

249 Kertas Siasatan Berita...

PUTRAJAYA - Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)...

Polis Miri Reman Lelaki Didakwa Cekik, Tampar Isteri

MIRI – Polis Miri menahan seorang lelaki berusia 53 tahun kerana didakwa mendera isterinya di Kampung Lereng Bukit di sini malam semalam.

Ketua Polis Miri ACP Khoo Leng Huat berkata lelaki itu yang merupakan penganggur direman tiga hari untuk siasatan.

Lelaki itu didakwa mendera isterinya berusia 48 tahun dengan mencekik dan menamparnya dalam kejadian pada 9 pagi, 8 Mac lalu di ruang tamu kediaman pasangan tersebut, katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

“Siasatan awal mendapati suspek sering memukul mangsa,” katanya dan menurutnya wanita itu mendapat rawatan di Hospital Miri.


Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun, denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan, dan 18(a) Akta Keganasan Rumahtangga 1994. – BERNAMA

Kategori