• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Hadir Majlis Kahwin Pasangan Adik-Beradik

oleh Ahmad Albab
19/03/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEKAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meluangkan masa menghadiri majlis perkahwinan pasangan adik-beradik di kediaman mereka di Kampung Panchor, di sini hari ini.

Najib meluangkan masa lebih 10 minit pada majlis perkahwinan Yuzry Fazly Ahmad Jamili, 28, dan pasangannya Nor Aniza Abdul Rahman, 28, yang merupakan Ketua Penerangan Puteri Umno Pekan, serta abangnya Yudie Fazly, 33 bersama pasangannya, Nur Ain Mohamad Radzai, 33.

Yuzry yang menjalankan perniagaan sendiri itu bernikah pada 17 Mac lepas, manakala abangnya Yudie pula melangsungkan pernikahan pada 25 Feb lepas.

Najib turut berkesempatan merenjis air mawar dan menabur bunga rampai ke atas kedua-dua pasangan pengantin berkenaan.

Yuzry, ketika ditemui pemberita, berkata beliau bersama abangnya itu sememangnya berhasrat untuk bersanding sekali dan menjemput perdana menteri ke majlis perkahwinan mereka dua minggu sebelum majlis itu berlangsung.

Katanya, beliau mengucapkan terima kasih kepada perdana menteri kerana sudi meluangkan masa menghadiri majlis perkahwinan mereka meskipun sibuk dengan tuntutan tugas sebagai pemimpin nombor satu negara.

“Alhamdulillah, saya bersyukur majlis hari ini berjalan dengan lancar dan berasa sungguh bertuah apabila perdana menteri kita sudi datang ke hari berbahagia saya ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Semoga Aidiladha Kali Ini Hadir Bersama Khabar Baik – Nazif Najib

Semoga Aidiladha Kali Ini Hadir Bersama Khabar Baik – Nazif Najib

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Desas-desus kemungkinan pembebasan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semakin bertiup kencang susulan satu hantaran...

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd