• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PKR Bimbang Hilang Kerusi Tun M Sahut Cabaran Nazri

oleh Ahmad Albab
07/03/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) menegaskan bahawa kerusi Parlimen Padang Rengas akan tetap ditandingi oleh parti itu, bukan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Ketua Penerangan PKR Perak, Siti Aishah Shaik Ismail berkata, PKR malah telah mempersiapkan calonnya bagi kawasan itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

“PKR telah mempersiapkan calon-calon yang layak untuk menggalas tugas. PKR melalui pimpinan cabang kini sedang bergiat aktif berkhidmat untuk rakyat di Parlimen dan DUN di Padang Rengas walaupun tarikh PRU14 masih lagi tidak menentu.

“PKR melalui jentera cabang telah berjaya memasuki dan menghidupkan ranting-ranting di kawasan UMNO,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau dipercayai mengeluarkan kenyataan itu gara-gara cemas dengan tindakan Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz mencabar Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya bertanding di situ dalam PRU14.

Kerusi Parlimen Padang Rengas sebelum ini ditandingi oleh calon PKR.

PPBM baru-baru ini menandatangani perjanjian kerjasama dengan Pakatan Harapan yang dibarisi DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (PAN).

Mahathir menubuhkan PPBM gara-gara berdendam dengan UMNO kerana enggan memenuhi hasrat beliau supaya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz masing-masing dilantik sebagai Presiden dan Timbalan Presiden UMNO.

Siti Aishah seterusnya berkata, PKR menasihatkan Nazri supaya mempersiapkan parti beliau untuk berdepan dengan PKR yang akan tetap bertanding di kawasan tersebut.

“PKR akan bertanding memandangkan itu adalah kerusi tradisi buat kami,” tegasnya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul AzizPKRTun Mahathir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kontroversi Puad Cetus Polemik: Wujudkah ‘Parti Anak-Beranak’ Di Malaysia?

Kontroversi Puad Cetus Polemik: Wujudkah ‘Parti Anak-Beranak’ Di Malaysia?

25/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Kontroversi membabitkan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi bertindak keluar parti secara...

“Johor Benteng Perjuangan Reformasi” – Dakwa Saifuddin Nasution

“Johor Benteng Perjuangan Reformasi” – Dakwa Saifuddin Nasution

13/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mendakwa Johor akan terus menjadi benteng...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd