• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perunding Kecantikan Dinobat Miss Chipao Malaysia

oleh Ahmad Albab
19/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERDANG – Perunding kecantikan Ellicia Wong Bei Ying, 27, malam tadi dinobatkan sebagai Miss Chipao (Cheongsam) Malaysia 2017 di sebuah hotel di sini.

Pada majlis itu, beliau yang pertama kali menyertai pertandingan ratu cantik dan berjaya menewaskan 16 lagi finalis turut diumumkan sebagai pemenang gelaran Miss Eligance.

Kemenangan itu sekali gus melayakkan beliau mewakili Malaysia ke Miss Chipao International 2017 yang akan diadakan di Beijing, China hujung tahun ini.

Guru vokal Catherine Soon, 27, menjadi naib juara manakala perancang kewangan Lee Jaquee, 22, meraih tempat ketiga.

Wong yang berasal dari Kuala Lumpur teruja selepas menerima mahkota daripada pemenang tahun lepas, Verselle Yong.

“Saya tidak menyangka akan memenangi pertandingan ini. Ini pertama kali saya menyertai pertandingan ratu cantik dan saya sangat gembira,” katanya.

Sementara itu, bagi kategori wanita berkahwin, Mrs Chipao Malaysia 2017 menjadi milik pekerja kecantikan, San Yee Chin, 29, yang mengalahkan lima lagi pesaing.

Pengasas Miss Chipao Malaysia Jason Hee Jee Pin berkata pertandingan itu yang pertama kali diadakan pada 2013, bertujuan untuk memberi inspirasi kepada wanita muda dengan memberikan mereka ruang untuk menyerlahkan bakat mereka.

“Ia pasti satu pertandingan kecantikan dan kebijakan kerana pertandingan tahun ini menarik ramai peserta yang mengikuti pengajian profesional.

“Pemenang akan melalui satu siri kelas dandanan, latihan pentas, fesyen, peragaan, keusahawanan dan program amal sebelum bersaing untuk merebut gelaran Miss Chipao International hujung tahun ini,” katanya.

Semua pemenang menerima sijil penyertaan dan hadiah tajaan bernilai lebih daripada RM50,000. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Shamsul Iskandar Baca Talkin Pilihan Raya, “Wahai Pengundi Johor…”

Shamsul Iskandar Baca Talkin Pilihan Raya, “Wahai Pengundi Johor…”

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – "Wahai pengundi-pengundi Johor.. akan datang kepada kamu Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN). Janganlah kamu merasa gerun...

Projek Persekutuan PRR Larkin, PRR Kluang Sampai Sekarang Belum Mula – Mohd Jafni

Projek Persekutuan PRR Larkin, PRR Kluang Sampai Sekarang Belum Mula – Mohd Jafni

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor menyifatkan kenyataan Perdana Menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd