• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penganggur Direman Seminggu Disyaki Edar Dadah

oleh AK-47
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA TINGGI – Seorang penganggur berumur 38 tahun direman tujuh hari berikutan polis menemui sejumlah dadah di dalam kereta yang dipandunya selepas terlibat dalam kemalangan di Batu Ampat, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Rahmat Othman berkata lelaki beralamat di Felda Sungai Sibol, Kota Tinggi itu memandu berseorangan kereta jenis Ford Laser dari arah Kota Tinggi sebelum melanggar sebuah kereta jenis Proton Wira yang datang dari arah bertentangan.

“Anggota Balai Polis Batu Ampat menerima maklumat daripada orang awam mengenai kemalangan yang berlaku di hadapan Masjid An Nur Kampung Batu Ampat, itu kira-kira 8.05 pagi.

Hasil pemeriksaan pada kereta lelaki tersebut kemudian menemui satu plastik di bahagian papan pemuka kecil di bawah stereng yang mengandungi satu plastik lut sinar ganja mampat anggaran 2.74 gram; sepeket mengandungi dadah jenis syabu anggaran 1.44 gram serta sepeket dadah jenis heroin anggaran berat 41.34 gram,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Rahmat berkata kesemua dadah tersebut dianggar bernilai RM700 dan polis turut turut merampas wang tunai RM410 daripada lelaki berkenaan.

Beliau berkata hasil siasatan awal, lelaki itu mengaku terlibat dalam pengedaran dadah jenis ganja, syabu dan heroin di sekitar kawasan Kota Tinggi.

Lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, katanya. – BERNAMA

Tags: dadahSupt Rahmat Othman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MAG Arah 1,260 Juruterbang Malaysia Airlines Jalani Saringan Dadah Wajib

MAG Arah 1,260 Juruterbang Malaysia Airlines Jalani Saringan Dadah Wajib

08/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Malaysia Aviation Group (MAG) mengarahkan kesemua 1,260 juruterbang Malaysia Airlines menjalani saringan dadah wajib sebagai...

Video Tular Nga Kor Ming Dakwa Banyak Kes AIDS, Rogol, Dadah Di Kelantan

Video Tular Nga Kor Ming Dakwa Banyak Kes AIDS, Rogol, Dadah Di Kelantan

29/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Satu rakaman video ucapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming didakwa mengkritik kerajaan PAS...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd