• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cemas, Pertama Kali Kampung Dilanda Banjir

oleh AK-47
21/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

REMBAU – “Ini sesuatu yang tidak dijangka kerana tidak pernah alami sejak tinggal di sini 48 tahun dulu.”

Fuziah Alias, 63, antara mangsa yang terjejas akibat banjir kilat di Kampung Batu di sini berkata kejadian itu berlaku dengan amat pantas dan hanya disedari ketika bangun untuk menunaikan solat Subuh.

“Hujan sangat lebat pada masa itu seawal pukul 5.30 pagi tadi. Saya tidak sempat menyelamatkan barangan yang saya anggarkan kerosakannya mencecah RM10,000.

“Pun begitu saya reda dengan kejadian ini,” katanya ketika ditemui Bernama di sini, hari ini.

Seramai 200 penduduk di Kampung Batu dan Kampung Pulai di sini terjejas akibat banjir kilat itu yang mencecah ketinggian 0.62 meter tetapi tiada pusat pemindahan dibuka selepas air surut kira-kira pukul 10.30 pagi tadi

Banjir kilat itu berpunca daripada hujan lebat sejak malam tadi, sekali gus menyebabkan air Sungai Rembau melimpah.

Ainul Hasni Abu Hassan, 52, juga dari Kampung Batu berkata kejadian itu disedarinya sekitar 7 pagi tadi.

“Ini adalah rumah mak saya dan hujan lebat berlaku antara pukul 5.30 dan pukul 7 pagi, air mula naik hingga ke paras lutut ke dalam rumah dan kami tidak sempat berbuat apa-apa,” katanya.

Bencana itu turut mendapat perhatian Anggota Parlimen Rembau yang juga Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang bergegas dari Putrajaya ke Rembau bagi melihat sendiri mangsa yang terjejas akibat banjir kilat di Kampung Batu.

Dalam lawatan sejam itu, Khairy berkata pihaknya bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat akan memberi bantuan sewajarnya kepada lebih 40 pemilik rumah yang terjejas di dua kampung iaitu Kampung Batu dan Kampung Pulau, esok.

Turut turun padang ialah Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota yang juga Yang DiPertua DUN Negeri Sembilan, Datuk Dr Awaluddin Said. – BERNAMA

Tags: Banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd