• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pendidik Holistik Lahirkan Siswazah Terbaik

oleh AK-47
29/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Siswazah perlu mempunyai imbangan holistik antara kemahiran akademik dan keusahawanan untuk mendapat kerja dan membina kerjaya dalam pasaran kerja yang serba mencabar.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Dr. Mary Yap Kain Ching ketika menyarankan demikian berkata ini amat berfaedah buat siswazah masa hadapan, di mana pelajar tidak saja dilengkapi dengan kelayakan akademik tetapi juga sedia memasuki pasaran kerja menerusi pembelajaran asas.

“Sebab itu kita ada purata nilai gred kumulatif bersepadu (iCGPA) yang telah melahirkan pelajar memiliki pelbagai kemahiran dan pengetahuan yang dianggap sesuai untuk keusahawanan.

“Dari segi pendidikan tinggi, kita mempunyai program teoritikal sepenuhnya setiap satu selama dua tahun dan latihan berasaskan kerja untuk mempersiapkan pelajar kita memasuki pasaran kerja,” kata Yap kepada media selepas upacara penutupan Sidang Kemuncak Pendidikan Malaysia ke-21 2017 di sini hari ini.

Yap meminta mereka yang mengecam sistem pendidikan tinggi supaya mengambil perhatian bahawa sistem pendidikan negara sebenarnya makin bertambah baik.

“Saya cadangkan mereka baca risalah kita mengenai Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 yang mengandungi kisah-kisah kejayaan,” kata Yap.

Sidang kemuncak dua hari itu dari 28 hingga 29 Mac menghimpunkan pembuat dan pengamal dasar dari agensi-sgensi kerajaan dan sektor pendidikan untuk mencari jalan menangani cabaran-cabaran utama yang dihadapi sektor pendidikan negara. – BERNAMA

Tags: Datuk Dr Mary Yap Kain Ching
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemegang Ijazah Kelas 2 Atas Perlu Bayar Pinjaman PTPTN

16/03/2017
0

KUALA LUMPUR - Seramai 2,643,734 pelajar membuat pinjaman berjumlah RM48.6 bilion daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sejak ia...

RM48.6 Bilion Pinjaman PTPTN Diagih Sejak 1997

15/03/2017
0

KUALA LUMPUR - Seramai 2,643,734 peminjam telah menerima pembiayaan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan nilai RM48.6 bilion...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd