• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemegang Ijazah Kelas 2 Atas Perlu Bayar Pinjaman PTPTN

oleh Ahmad Albab
16/03/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seramai 2,643,734 pelajar membuat pinjaman berjumlah RM48.6 bilion daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sejak ia ditubuhkan pada 1997, kata Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Dr Mary Yap Kain Ching.

Mary Yap berkata daripada jumlah itu, kira-kira 41,706 peminjam dengan pinjaman RM1.2 bilion mendapat manfaat pelepasan pengecualian bayaran balik.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Ahmad Hamzah (BN-Jasin) berhubung pinjaman PTPTN di Dewan Rakyat pada Rabu.

Menurut Mary Yap, kementerian juga tidak merancang untuk memperluaskan pengecualian bayaran pinjaman balik kepada graduan yang mendapat ijazah kelas 2 atas.

“Kementerian buat masa ini masih belum bercadang meluaskan skop pengecualian bayaran balik, terutama kepada yang mendapat kelas ke-2 atas,” katanya.

Ditanya sekiranya PTPTN telah mengenal pasti punca segelintir peminjam tidak membayar pinjaman mereka, Mary Yap berkata tiada kajian terperinci dilakukan.

Namun, katanya, maklum balas yang diterima mendapati antara faktor peminjam gagal melunaskan pinjaman ialah mereka belum mendapat pekerjaan dan telah bekerja tapi pendapatan tidak setimpal dengan kelulusan.

“Peminjam lain mempunyai gaji yang mencukupi tetapi memandang ringan pembayaran pinjaman,” katanya. – mStar Online

Tags: Datuk Dr Mary Yap Kain ChingPTPTN
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Isu Filem B&B: Pensyarah UiTM Beri Penjelasan Solid

Next Post

Exco Johor Dibebas Dengan Jaminan SPRM Hari Ini

Related Posts

LKAN: Tunggakan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Cecah RM10.85 Bilion

LKAN: Tunggakan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Cecah RM10.85 Bilion

24/02/2025
0

SHAH ALAM - Tunggakan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berjumlah RM10.853 bilion melibatkan 1.2 juta peminjam...

PTPTN Bantu Penuntut UMK Realisasi Harapan

PTPTN Bantu Penuntut UMK Realisasi Harapan

24/10/2024
0

SHAH ALAM - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melalui Program Ziarah Kasih telah merealisasikan harapan seorang bakal penuntut dari...

Next Post

Exco Johor Dibebas Dengan Jaminan SPRM Hari Ini

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd