Wednesday, April 17, 2024

Creating liberating content

Wanita Tikam Teman Lelaki...

KOTA BHARU: Suspek wanita yang menikam teman lelakinya ketika dipaksa melakukan hubungan seks...

Thailand Alami Musim Sejuk...

BANGKOK - Thailand diramal mengalami musim sejuk dalam beberapa bulan akan datang hingga...

Guru Mohon Maaf Cuai...

DUNGUN - Isu penyebaran senikata atau lirik lagu yang dipercayai dinyanyikan di gereja...

Fitnah Terowong P.Pinang: Azeez...

TANGKIS... Akibat ketandusan isu baharu bagi dijadikan bahan politik, jentera maya pembangkang terpaksa...

Pencuri Barang Kemas Terkenal Ditahan

ATLANTA – Seorang pencuri barang kemas terkenal yang pernah mendedahkan mengenai kerjaya jenayahnya selama enam dekad menerusi satu dokumentari, ditahan selepas gagal hadir di mahkamah.

Pejabat Sheriff Daerah Delkab berkata, Doris Marie Payne ditangkap di rumahnya di Atlanta hari ini.

Suspek berusia 80 tahun itu kini ditahan di Penjara Daerah DeKalb.

Masih tidak jelas sama ada dia diwakili seorang peguam yang boleh bercakap bagi pihaknya.

Payne diburu selepas gagal hadir di mahkamah pada 6 Mac lalu selepas didakwa mencuri barang kemas di Perimeter Mall, pada 2016 kira-kira 20 kilometer di utara pusat bandar Atlanta.


Seorang hakim menganggap dia terlalu uzur untuk dibicarakan pada 21 Februari lalu dalam kes kecurian sepasang anting-anting dari Saks Fifth Avenue pada 2015.

Payne, keluarga dan rakan-rakannya pernah berkongsi mengenai kehidupannya dalam sebuah dokumentari pada 2013 bertajuk “The Life and Crimes of Doris Payne”. – AP/BH ONLINE

Kategori