Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

“Saya Jalan Amanah Sebagai...

PEMILIK dobi layan diri yang terletak di Jalan Junid, Muar, Johor yang tular...

Pendedahan Jantina Sajat ‘Dihalang’...

KINI tiba masanya untuk rakyat Malaysia mengetahui tentang identiti jantina sebenar usahawan kosmetik...

Jangan Buruk Sangka Keputusan...

TAWAU - Rakyat negeri ini dinasihatkan agar tidak buruk sangka terhadap tindakan dan...

Peniaga Didakwa Miliki 18...

KUALA LUMPUR – Baharu sahaja dibebaskan dari penjara atas kesalahan membeli 18 ikat...

Penagih Dadah Didakwa Bunuh Bekas Anggota TLDM

MANJUNG – Seorang penagih dadah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seri Manjung, di sini, hari ini atas tuduhan membunuh seorang bekas anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), tiga minggu lepas.

Tertuduh, Tan Yee Chun, 27, hanya mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya namun tiada pengakuan direkodkan di hadapan Majistret Nur Shaqira Ibrahim.

Mengikut fakta kes, tertuduh yang tidak bekerja didakwa bersama-sama seorang suspek yang masih bebas menyebabkan kematian dengan niat membunuh mangsa, Mohd Supian Md Samat, 34, di tepi jalan Kampung Cina, Taman Sri Mawar, Sitiawan di sini antara pukul 1 hingga 8.50 pagi, 10 Mac lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Tan turut didakwa atas satu lagi pertuduhan iaitu memiliki dadah jenis methamphetamine seberat 14.49 gram.


Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Jalan Lumut, Taman Sitiawan Maju, Sitiawan pada 7.30 petang, 15 Mac dan boleh didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Nur Shaqira menetapkan 25 Mei depan untuk sebutan semula kedua-dua kes tersebut sementara menunggu laporan kimia dan bedah siasat.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Ahmad Asyeq Salleh manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – BERNAMA

Kategori