Wednesday, May 1, 2024

Creating liberating content

4 Maut Nahas 53...

KUNMING - Empat maut dalam satu nahas bertindan-tindih membabitkan 53 kenderaan di sebuah...

DAP Minta Hentikan Politik...

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Kit Siang meminta UMNO supaya tidak lagi...

Pembangkang Takut Murid Tahu...

NAMPAKNYA pihak pembangkang semakin 'panas' apabila kutuk pertandingan anjuran Persatuan Sejarah Malaysia mengenai...

Wanita Lahirkan Bayi P’puan...

Buenos Aires - Seorang wanita melahirkan bayi perempuan seberat 6 kilogram (kg) sekali...

Najib: Pembangkang Sabotaj Ekonomi, Burukkan Malaysia

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menempelak sikap pembangkang yang memberi keutamaan untuk memburukkan Malaysia dalam misi luar negara mereka, dan menganggapnya sebagai tindakan untuk mensabotaj ekonomi negara.

Beliau berkata tindakan itu adalah satu kesilapan besar kerana ia seakan-akan menghalau pelabur asing dari negara ini.

“Bukankah ini satu tindakan yang merugikan rakyat kita sendiri? Bukankah ini menunjukkan perangai sebenar mereka yang tidak sayang akan tanah air sendiri?

“Saya juga percaya bahawa tindakan mereka memburukkan Malaysia adalah satu cubaan untuk menutup kelemahan mereka sendiri dari segi pentadbiran, baik ‘delivery’ (penyampaian) kepada rakyat,” kata beliau dalam catatan terbaharu di blognya najibrazak.com malam ini.

Mengambil contoh sikap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Najib berkata sebelum ini, setiausaha agung DAP itu dengan bangganya mengeluarkan kenyataan bahawa negeri itu merupakan destinasi pilihan pelabur asing.

Namun, apabila banyak pelabur asing meninggalkan Pulau Pinang, beliau berkata Lim mengubah rentak bicaranya dan penyokong-penyokongnya pula menuduh kerajaan Persekutuan menjual negara apabila banyak pelaburan asing masuk ke Malaysia.

Dalam pada itu, Najib yang juga Menteri Kewangan mempersoalkan logik pembangkang tentang dakwaan mereka kononnya negara dijual melalui pelaburan asing, sedangkan rakyat dan syarikat Malaysia melabur hampir RM569.5 bilion di luar negara.

“Mengikut logik yang diguna pakai pembangkang, saya tertanya-tanya negara mana yang telah jual maruah dan kedaulatan mereka kepada Malaysia?

“Wujud juga segelintir pihak yang kerap mengatakan Malaysia ini sebuah negara gagal dan seingat saya, mereka telah mencanang fitnah ini berpuluh tahun dahulu,” kata beliau.

Najib berkata pembangkang sepatutnya menggunakan logik akal dan melihat sendiri keyakinan pemimpin luar negara terhadap Malaysia di mana dalam tempoh dua tahun sahaja, negara ini menerima kunjungan pelbagai ketua negara termasuk Presiden Perancis, Raja Arab Saudi, Presiden Filipina, Presiden Amerika Syarikat serta Perdana Menteri Singapura.

Selain itu, Najib berkata Malaysia diterima baik sewaktu lawatan rasminya ke China, Jepun, Indonesia, Jerman dan banyak negara lain.

“Malah, hasil lawatan-lawatan ini, kita telah mencapai hasil kerjasama yang bakal menguntungkan Malaysia, contohnya perjanjian bersama Aramco yang bernilai RM31 bilion dan MOU (memorandum persefahaman) bersama China yang bernilai RM144 bilion.


“Berdasarkan fakta-fakta yang diberikan, wajarkah Malaysia digelar sebagai negara gagal seperti yang dicanang oleh pembangkang?” soal Perdana Menteri, yang kini melakukan lawatan kerja enam hari ke India bermula hari ini.

Najib menjelaskan bahawa lawatan rasmi dilakukannya adalah berbeza dengan misi ke luar negara yang dilakukan pembangkang di mana Kerajaan Persekutuan berpegang kepada empat agenda utama iaitu meningkat kerjasama dua hala dan meneroka peluang baharu selain mengeratkan lagi hubungan diplomatik.

Menurutnya lawatan rasmi Kerajaan Persekutuan juga membuka peluang pelaburan kepada syarikat-syarikat Malaysia agar mereka dapat mengembangkan perniagaan ke pasaran yang lebih luas di peringkat antarabangsa selain menarik pelaburan asing daripada kerajaan dan syarikat luar negara ke Malaysia.

Perdana menteri berkata langkah membuka peluang pelaburan kepada syarikat-syarikat Malaysia penting bagi memastikan ia terus berdaya saing di peringkat global dan sekaligus dapat meningkatkan hasil serta memanfaatkan pekerja dan rakyat.

Dalam menarik pelaburan asing pula, Najib berkata negara akan mendapat manfaat dari segi pemindahan kepakaran dan teknologi serta peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia selain memperlukuh mata wang ringgit melalui kemasukan dana pelaburan.

“Empat misi yang saya perincikan di atas bukanlah satu kerja yang mudah dilaksanakan, tetapi Alhamdulillah setakat ini, kita mempunyai rekod yang cemerlang hasil daripada kerja keras pemimpin-pemimpin dan pegawai-pegawai yang terlibat,” kata beliau.

Sempena lawatan kerjanya ke India, Najib berharap agar lebih banyak usaha dapat dilakukan dalam merealisasikan potensi Malaysia di mana fokus beliau adalah untuk mengeratkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

“Saya percaya delegasi negara, baik pimpinan tertinggi hingga ke pegawai muda akan bekerja keras dalam memastikan lawatan ini berjaya bukan sahaja dari segi hubungan baik tetapi dalam membawa hasil yang boleh memberi manfaat kepada rakyat negara kita.

“Marilah kita bersama-sama mendoakan kejayaan lawatan kerja ke India ini dan usaha-usaha kita untuk terus membangunkan Malaysiaku, yang tercinta ini. Insya-Allah,” kata perdana menteri. – BERNAMA

Kategori