• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembangkang Kukuh Selepas Ketiadaan PAS

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketiadaan PAS membuka peluang kepada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk memperkukuhkan pakatan pembangkang dengan kewujudan Parti Amanah Negara (PAN).

Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, ketiadaan PAS turut membuka peluang kepada kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

“Ketidakadanya parti PAS tidak melemahkan keazaman kita dan sebaliknya membuka peluang untuk mengukuhkan pakatan kita dengan munculnya PAN dan PPBM.

“PKR adalah rakan politik dan setiakawan kita sejak zaman reformasi. Kita akan sama-sama memainkan peranan untuk menerajui pakatan politik di Pulau Pinang dan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

PAS disingkirkan daripada pakatan pembangkang oleh DAP dan PKR kerana enggan tunduk dalam beberapa isu akidah Islam yang dikhuatiri boleh menjejaskan kepentingan politik pembangkang.

Beberapa bekas pemimpin PAS kemudian menubuhkan PAN bagi menggantikan PAS sebagai parti islam dalam pakatan pembangkang.

Pakatan pembangkang kemudian menandatangani perjanjian dengan PPBM yang ditubuhkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad selepas keluar daripada UMNO.

Mahathir bekerjasama dengan pakatan pembangkang kerana berdendam dengan UMNO apabila beberapa kepentingan perniagaan dan politiknya tidak dipenuhi UMNO dan kerajaan Barisan Nasional. – MYNEWSHUB.CC

Tags: DAPPAS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PAS Gesa Kerajaan Jelaskan Kelewatan Pelaksanaan Titah Pengampunan Najib

PAS Gesa Kerajaan Jelaskan Kelewatan Pelaksanaan Titah Pengampunan Najib

07/11/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS menggesa kerajaan, khususnya Jabatan Peguam Negara (AGC), memberikan penjelasan tuntas berhubung kelewatan pelaksanaan titah pengampunan bersyarat...

PAS Tidak Boleh Berikan Syurga Kepada Sesiapa, Syurga Milik Allah’ – Abdul Hadi

PAS Tidak Boleh Berikan Syurga Kepada Sesiapa, Syurga Milik Allah’ – Abdul Hadi

02/11/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa parti itu tidak boleh memberikan syurga kepada sesiapa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd