• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Hidap Strok, Lumpuh Antara Cemerlang SPM

oleh AK-47
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Seorang pelajar yang menghidap strok dan lumpuh sebelah kanan badan membuktikan kekurangan dirinya bukan penghalang untuk catat kejayaan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Nuriffah Ramizu, 18, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Panchor Perdana, di sini, muncul calon berkeperluan khas terbaik SPM 2016 di Kelantan selepas berjaya mendapat 8A dalam peperiksaan tersebut.

Nuriffah berkata beliau mengalami strok sejak lima tahun lalu iaitu dua minggu sebelum menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akibat jangkitan kuman pada jantungnya.

“Akibatnya saya terpaksa menduduki UPSR di sebuah hospital dalam keadaan sedikit tertekan kerana terpaksa menjawab soalan menggunakan tangan kiri.

“Bermula pada ketika itu juga saya terpaksa berlatih menggunakan tangan kiri kira-kira tiga tahun bagi menduduki peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3),” katanya kepada pemberita ketika mengambil SPM di sekolahnya di sini, hari ini.

Beliau turut mengakui pernah beberapa kali berasa putus asa untuk meneruskan pembelajaran berikutan sukar untuk menulis menggunakan tangan kiri.

“Tetapi saya nekad dan terus berusaha untuk mahir menulis menggunakan tangan kiri sebagai persediaan untuk menduduki SPM,” katanya.

Anak kedua daripada empat beradik itu berkata beliau juga terpaksa memperuntukkan waktu belajar melebihi pelajar lain kerana terpaksa menjalani latihan fisioterapi setiap minggu di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II.

“Saya tidak mahu kekurangan saya menjadi kekangan untuk saya berjaya dalam peperiksaan,” katanya yang berhasrat menyambung pelajaran dalam bidang perakaunan.

Sementara itu ibunya, Norasyikin Mohd. Nor, 46, berkata ketika mula-mula mengalami strok, anaknya agak murung hingga menjadi pendiam dan lebih suka berkurung di dalam bilik.

“Dia juga kelihatan rendah diri bila gagal membantu saya membuat kerja rumah termasuk memasak. Tetapi sebagai ibu saya sentiasa memberi sokongan dan semangat kepada beliau terutama dalam bidang pelajaran.

“Syukur pada Allah SWT kerana berkat kegigihannya, Nuriffah berjaya membuktikan dia mampu mendapat keputusan terbaik mengatasi pelajar normal yang lain di sekolahnya,” katanya. – BERNAMA

Tags: Hidap StrokpelajarSPM
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

26/09/2026
0

KUALA PILAH - Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek mengarahkan Jemaah Nazir menjalankan audit segera susulan kematian seorang murid Tingkatan...

Asyraf Wajdi Mohon Doakan 2 Pelajar MRSM Hilang Berjaya Ditemui

Asyraf Wajdi Mohon Doakan 2 Pelajar MRSM Hilang Berjaya Ditemui

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki meminta orang ramai mendoakan dua pelajar Maktab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd