• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pekerja Ladang Dituduh Bunuh Penarik Kereta

oleh Ahmad Albab
28/03/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang bekas pekerja ladang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang penarik kereta di lampu isyarat di Jalan Taman Ibu Kota, Setapak, di sini, pada 27 Julai tahun lalu.

D. Manivannan, 33, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Siti Radziah Kamaruddin.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes tersebut di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Manivannan, bersama-sama dua orang lagi yang masih bebas, didakwa membunuh V. Kandasamy, 44, di Jalan Taman Ibu Kota, Setapak, di sini pada 3.35 petang, 27 Julai 2016.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 29 Mei depan untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Tags: kes bunuhpekerja
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pekerja Bangladesh Pun Boleh Berbahasa Melayu

Pekerja Bangladesh Pun Boleh Berbahasa Melayu

20/05/2026
0

INI bukan cerita rekaan. Ini kisah benar yang menunjukkan betapa mudahnya bukan Melayu mempelajari bahasa Melayu jika ada keperluan dan...

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd