• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pegawai Imigresen KLIA Didakwa Peroleh Suapan

oleh Ahmad Albab
29/03/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Seorang pegawai Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan memperoleh suapan RM7,400 daripada seorang lelaki pada Jun tahun lepas.

Ia adalah sebagai dorongan untuk melepaskan dua wanita warga Vietnam tanpa dituduh di mahkamah dan tidak disenaraihitamkan untuk masuk semula ke Malaysia atas kesalahan di bawah Akta Pasport 1966.

Tertuduh, M. Jayakumar, 29, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Slamat Yahya.

Jayakumar, yang bertugas di Jabatan Imigresen Selangor (Cawangan KLIA), didakwa memperoleh suapan tersebut daripada Pheh Khar Huat, 45, sebagai dorongan untuk melepaskan Hyunh Thi Ngoc Thuy dan Nguyen Thi Van.

Tertuduh, yang telah berkhidmat selama enam tahun, didakwa melakukan kesalahan itu di dalam sebuah kereta jenis Proton Saga bernombor pendaftaran JNU 9107 di pekarangan luar bangunan Petronas KLIA, PT3906, Jalan Terminal, Sepang, kira-kira pukul 5.25 petang, 1 Jun 2016.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana yang lebih tinggi.

Slamat membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 April ini untuk sebutan semula kes.

Beliau turut memerintahkan Jayakumar menyerahkan pasportnya kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya dari SPRM, Hazirah Azeman sementara tertuduh diwakili peguam C. R. Selva. – BERNAMA

Tags: Kes Rasuah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

28/01/2026
0

MELAKA: Seorang pegawai kanan tentera ditahan reman selepas disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM150,000 berkait kerja perbekalan bahan mentah...

Lima Direman Kes Rasuah Pegawai Kanan TLDM

Lima Direman Kes Rasuah Pegawai Kanan TLDM

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Lima individu direman bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah membabitkan pelantikan syarikat kroni seorang pegawai kanan Tentera Laut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd