• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAN Turut Label PAS Sebagai Tok Lebai

oleh AK-47
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Jika benar Pewaris Nabi, contohi Nabi S.A.W. Nabi S.A.W tidak pernah mendoakan yang buruk kepada umat” Itu pesanan Ahli Jawatankuasa Nasional Parti Amanah Negara (PAN), Aiman Athirah Al Jundi kepada golongan Tok Lebai di negara ini.

Menurut beliau, jiwa Tok Lebai sebagai seorang pendakwah seharusnyalah lebih besar daripada rakyat biasa.

“Samalah dengan kerjaya Tok Lebai. Bila ada yang hilang hormat dan hilang percaya, tidak bermakna mereka hilang hormat dan hilang percaya kepada semua Tok Lebai.

“Menghina sesiapapun makhluk ciptaan Allah sekali gus merasa diri lebih mulia kerana tersangka sudah cukup taqwanyanya, jelas suatu yang lebih hina daripada mayat yang kamu doakan agar membusuk,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebelum ini mencemuh pemimpin PAS sebagai Tok Lebai yang sedang memasang hasrat untuk berkuasa di Selangor.

Beliau melalui akaun Twitter berkata, Tok Lebai terbabit tewas di tempat sendiri tetapi ada hati mahu merampas kerajaan Selangor daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Ada Tok Lebai nak tawan Selangor. Kawasan sendiri pun kalah,” kata Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR.

Kenyataan Azmin itu kemudian dimuat naik Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz di laman Facebook beliau.

Mengulas kebiadapan Mohamed Azmin itu, Nik Mohamad Abduh yakin beliau antara pemimpin PAS yang digelar sebagai Tok Lebai oleh Menteri Besar Selangor tersebut.

“Wah sinisan saya dapat komentar Menteri Besar. Jarang anak Melayu bertuah begini,” katanya.

Lebai adalah panggilan kepada petugas masjid atau surau atau mereka yang menguruskan kerja-kerja hal ehwal agama Islam di kampung-kampung.

PAS sebelum ini menyasarkan untuk menang lima negeri dalam pilihan raya umum ke-14 termasuk Selangor.

PKR dan PAN merupakan anggota parti Pakatan Harapan yang diketuai oleh parti sekular DAP. – MYNEWSHUB.CC

Tags: PANPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PAS Rakam Takziah Pemergian Tun Dr Siti Hasmah, Kehilangan Dirasai Rakyat Malaysia

PAS Rakam Takziah Pemergian Tun Dr Siti Hasmah, Kehilangan Dirasai Rakyat Malaysia

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS merakamkan ucapan takziah kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan keluarga atas pemergian isterinya,...

BN Bincang Kemungkinan PAS Guna Lambang Dacing Dalam PRN Melaka

BN Bincang Kemungkinan PAS Guna Lambang Dacing Dalam PRN Melaka

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) akan membincangkan kemungkinan PAS menggunakan lambang dacing pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Pengerusinya,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd