• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, January 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pan Borneo Setanding Lebuh Raya Negara Maju

oleh Ahmad Albab
04/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIPITANG – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan jaringan Lebuhraya Pan Borneo tanpa tol di Sabah akan setanding dengan lebuh raya negara maju apabila ia siap kelak.

Menurutnya, perkara itu akan dipastikan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) yang meletakkan standard tinggi.

“Ini bukan jalan balak atau jalan kampung. Ini adalah lebuh raya berkelas dunia. Ini adalah komitmen saya sebagai perdana menteri, Lebuhraya Pan Borneo ini adalah hadiah kerajaan kepada rakyat Sabah,” katanya berucap merasmikan projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah di Sindumin, dekat sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur negeri; Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusuf dan timbalannya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Najib juga berazam untuk memastikan projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah menjadi satu gambaran sejarah kerana ia bakal mengubah landskap pembangunan dan jaringan perhubungan di seluruh negeri ini.

“Dalam masa lima tahun lagi, Sabah akan dapat rangkaian lebuh raya tanpa tol yang lengkap dengan (kos keseluruhan) perbelanjaan lebih RM16 bilion. Ini adalah sumbangan daripada kerajaan pusat.

“Saya nak beritahu bahawa ini belum selesai. Sekiranya keadaan (kewangan) mengizinkan, kita akan tambah lagi peruntukan pembangunan lebuh raya untuk Sabah.

“Kita mahu negeri Sabah berubah kerana Sabah mempunyai potensi besar,” katanya.

Najib turut membidas seorang bekas perdana menteri yang memimpin negara selama 22 tahun kerana hanya membina lebuh raya di Semenanjung sahaja.

“Orang Sabah pun mahu merasa lebuh raya. Betul tidak? Tak kan orang Semenanjung sahaja merasa lebuh raya.

“Dan, hakikatnya, hari ini adalah sejarah bagi negeri Sabah kerana kilometer pertama Lebuhraya Pan Borneo untuk negeri ini bermula dari Sindumin,” katanya.

Pada masa sama, Najib juga berkata projek Lebuhraya Pan Borneo itu dianggarkan mampu mewujudkan 400,000 peluang pekerjaan untuk rakyat di Sabah dan Sarawak berikutan pembangunan yang dibawa selain peluang perniagaan serta peluang bagi kontraktor tempatan.

“Saya juga menetapkan hanya kontraktor tempatan melaksanakan projek Lebuhraya Pan Borneo. Walaupun ada usaha sama daripada kontraktor luar, namun kerja utama mesti diberikan kepada anak tempatan,” katanya.

Pada majlis hari ini, Najib melancarkan upacara pecah tanah projekmenaik taraf Jalan Sindumin-Kampung Melalia, Sipitang sepanjang 28.4 kilometer yang dianggarkan bernilai RM600 juta.

Projek tersebut melibatkan kerja menaik taraf jalan dua lorong sedia ada kepada lebuh raya empat lorong dua hala melibatkan pembinaan dua persimpangan bertingkat dan tiga jambatan.

Ia merupakan sebahagian daripada fasa pertama projek mega Lebuhraya Pan Borneo sepanjang 706 kilometer bermula dari Sindumin Ke Kudat di pantai barat dan dari Ranau ke Sandakan, Lahad Datu dan Tawau di pantai timur.

Projek itu akan mengubah landskap daerah Sipitang yang akan mengalami transformasi apabila pembinaan infrastruktur rakyat itu siap sepenuhnya dan sekali gus menjadi pemangkin kepada kemajuan negeri Sabah.

Lebuh raya itu juga akan memudahkan akses ke kawasan koridor ekonomi berasaskan minyak dan gas yang menghala antara Sipitang dan Kimanis.

Sebelum ini, Najib juga telah melancarkan projek Lebuhraya Pan Borneo di Kampung Andus, Papar bagi Jalan Papar-Donggongon; Jalan Tawau-Semporna (5km); dan Lahad Datu Bypass (7km) pada tahun lepas. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakLebuhraya Pan Borneo
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Akan Rayu Keputusan Ketepi Permohonan Jalani Baki Hukuman Penjara Di Rumah

Najib Akan Rayu Keputusan Ketepi Permohonan Jalani Baki Hukuman Penjara Di Rumah

22/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan semakan kehakiman difailkan bekas Perdana...

Pendakwaan Terhadap Najib Bermotif Politik, Musnah Karier – Peguam

Pendakwaan Terhadap Najib Bermotif Politik, Musnah Karier – Peguam

04/11/2025
0

Putrajaya: Hujahan di akhir kes pembelaan berkaitan tuduhan penyelewengan dana berjumlah RM2.3 bilion milik syarikat pelaburan strategik 1Malaysia Development Berhad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd