Sunday, July 21, 2024

Creating liberating content

Yuki Hadiahkan Kemenangan Buat...

YUKI Takahashi menghadiahkan kemenangan buat rakan sepasukan, Mohd Zamri baba yang kini masih...

Polis Tahan Lelaki Keluar...

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki berusia 57 tahun ditahan polis semalam selepas dipercayai...

Pengurus Besar, Isteri Direman...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini memperoleh perintah daripada Mahkamah...

Anwar, Isa Layak Bertanding...

PORT DICKSON - Calon Pakatan Harapan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson...

Pakej Kurangkan Kos Bina Rumah Mampu Milik

KUALA LUMPUR – Kementerian Wilayah Persekutuan merancang untuk mewujudkan pakej yang akan memberi manfaat kepada pemaju dari segi mengurangkan kos dan menjimatkan masa pembinaan rumah mampu milik untuk rakyat.

Menterinya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata inisiatif itu bertujuan menggalakkan lebih banyak pemaju mula membina rumah-rumah mampu milik khususnya di tanah mereka sendiri.

Tengku Adnan berkata beliau memahami cabaran yang dihadapi pemaju dalam membina rumah mampu milik terutama apabila berurusan dengan perunding pembinaan, jurutera dan utiliti yang memerlukan kos tinggi dan memakan masa.

“Kami sedang mengadakan perbincangan dengan perunding, arkitek, jurutera tentang bagaimana kita dapat membuat pakej yang memanfaatkan pemaju untuk membina rumah mampu milik.

“Ini kerana masalah kita sekarang adalah tanah, tanah untuk membina rumah mampu milik di dalam bandar,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP) Residensi Seri Wahyu di sini hari ini.

Residensi Seri Wahyu terdiri daripada satu menara 660 unit berharga RM300,000 seunit dengan keluasan binaan 805 kaki persegi yang merangkumi tiga bilik dan dua bilik air.

Pembangunan projek rumah ini akan meliputi beberapa kemudahan seperti kolam renang, taman permainan kanak-kanak, gimnasium dan dewan serba guna.


RUMAWIP ialah inisiatif kerajaan untuk membina 80,000 unit perumahan mampu milik di seluruh Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan menjelang tahun 2020.

Individu bujang dengan pendapatan bulanan kurang daripada RM10,000 atau pasangan berkahwin dengan pendapatan bersama kurang daripada RM15,000 layak mendaftar untuk projek ini.

Tengku Adnan berkata setakat ini, sebanyak 52,562 unit RUMAWIP berjaya dilancarkan sejak tahun lepas di seluruh Wilayah Persekutuan.

Apabila ditanya sama ada kementerian akan mengikut inisiatif Projek Perumahan 1Malaysia (PR1MA) untuk memendekkan tempoh moratorium dari 10 tahun ke lima tahun, Tengku Adnan berkata: “Tidak pada masa ini”.

Beliau berkata perbezaan antara PR1MA dan RUMAWIP ialah kebanyakan rumah RUMAWIP terletak di kawasan utama bandar dan dikhuatiri ejen hartanah akan mengambil kesempatan. – BERNAMA

Kategori