• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Pakai Tok Lebai Perangai Hodoh!” Kata Azmin

oleh Ahmad Albab
29/03/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Pakai (macam) Tok Lebai tetapi perangai hodoh!” Demikian cercaan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ke atas pemimpin PAS.

Justeru, beliau yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) meminta pemimpin PAS tidak memakai seperti seorang Tok Lebai kerana hati mereka tidak mewarisi sifat lebai.

“Tak payah pakai (macam) Tok Lebai. Tok Lebai ni pun dalam hati. Kalau pakai (macam) Tok Lebai perangai hodoh tak boleh juga,” katanya dalam satu majlis anjuran PKR baru-baru ini.

Cercaan beliau itu disambut dengan sorakan dan tepukan gemuruh oleh penyokong PKR yang menghadiri majlis itu.

Rakaman video ceramah beliau itu dimuat naik di laman Facebook Setiausaha Organisasi Parti Amanah Negara (PAN), Suhaizan Kayat.

PKR dan PAN merupakan anggota parti Pakatan Harapan yang diketuai DAP.

Mohamed Azmin sebelum ini mencemuh pemimpin PAS sebagai Tok Lebai yang sedang memasang hasrat untuk berkuasa di Selangor.

Lebai adalah panggilan kepada petugas masjid atau surau atau mereka yang menguruskan kerja-kerja hal ehwal agama Islam di kampung-kampung.

Beliau dipercayai mengeluarkan kenyataan itu gara-gara berang dengan pengumuman PAS mahu memenangi kerajaan Selangor dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Kenyataan beliau yang seolah-olah memperlekehkan golongan lebai itu dikecam oleh netizen, pemimpin dan penyokong PAS.

Malah, Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz turut mengingatkan Mohamed Azmin beliau akan disolatkan oleh lebai apabila meninggal dunia.

Mohamed Azmin dalam pada itu mengakui beliau tersinggung kerana PAS mengumumkan mahu menawan Selangor dalam PRU14.

“Kita tahu ada masalah tetapi saya kira kita boleh runding.. tetapi jangan kita nak tawan sesama kita. Kata saya nak tawan Selangor.. Ehh.. tersinggung la saya,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Datuk Seri Mohamed Azmin AliPAS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kontroversi Puad Cetus Polemik: Wujudkah ‘Parti Anak-Beranak’ Di Malaysia?

Kontroversi Puad Cetus Polemik: Wujudkah ‘Parti Anak-Beranak’ Di Malaysia?

25/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Kontroversi membabitkan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi bertindak keluar parti secara...

“Alhamdulilah. Allah Makbulkan Doa Kita Selama Ini” – Hantaran Akmal Saleh Cetus Tanda Tanya

“Alhamdulilah. Allah Makbulkan Doa Kita Selama Ini” – Hantaran Akmal Saleh Cetus Tanda Tanya

23/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Hantaran Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh di media sosial yang memaparkan gambar beliau bersalaman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd