Friday, May 17, 2024

Creating liberating content

Renjer Safari Cedera Akibat...

KUANTAN - Seorang Senior Renjer Safari dari Bukit Gambang Safari Park cedera di...

Kolam Renang Paling Dalam,...

Itali – Jika anda berjaya sampai ke dasar kolam ini, anda memang seorang...

MAHB: Fasa 2 Kerja...

KUALA LUMPUR - Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) memulakan fasa kedua kerja suntikan...

Adik Anwar Ibrahim Meninggal...

KUALA LUMPUR: Adik kepada Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu...

Paderi Hilang: Suspek Minta Wang Tebusan Ditahan

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang cuba meminta wang tebusan bagi membebaskan paderi, Raymond Koh Keng Joo yang dilaporkan hilang pada 13 Febuari lalu ditahan polis awal pagi tadi.

Suspek yang berusia 32 tahun itu ditahan di kawasan Ampang, Selangor kira-kira jam 3.30 pagi selepas polis menerima hasil maklumat dan kerjasama daripada ahli keluarga mangsa.

Ketua Polis Selangor, Datuk Seri Abdul Samah Mat berkata, siasatan mendapati suspek telah menghubungi ahli keluarga mangsa sehari sebelum tangkapan dibuat.

“Suspek meminta sejumlah wang untuk pembebasan paderi berkenaan.

“Mahkamah Majistret Petaling Jaya membenarkan perintah reman selama empat hari ke atas suspek bagi membantu siasatan polis,” katanya dalam satu kenyataan.

Baca: Video Paderi Diculik Dalam 40 Saat Tersebar

Juga: Kronologi Kes Penculikan Raymond Koh

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan iaitu dengan niat menculik atau melarikan secara paksa dan Seksyen 385 Kanun Keseksaan kerana pemerasan.


Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat tentang kes ini agar menyalurkannya kepada pihak polis dan tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara ini.

Keng Joo, 62 tahun dilaporkan hilang selepas keluar ke rumah rakannya di Kelana Jaya pada 13 Febuari lalu dan sebuah video menjadi tular memaparkan kejadian penculikan paderi berkenaan oleh sekumpulan individu bertopeng di Jalan SS4B/10.

Mangsa kali terakhir dilihat memandu seorang diri, menaiki kereta jenis model Honda Accord dengan nombor pendaftaran ST 5515 D. – MYNEWSHUB.CC

Kategori