• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ombak Laut Sumber Tenaga Elektrik Baharu Pada 2019

oleh Ahmad Albab
19/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Satu lagi usaha menjana tenaga elektrik dari pukulan ombak laut.
Usaha terbaru ini dilaksanakan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menerusi projeknya dikenali ‘Hydraulic Wave Energy Converter System’ yang berperanan menyerap kuasa ombak sebelum diproses menjadi sumber tenaga elektrik.

Projek berkenaan adalah hasil tenaga dan fikiran tiga orang pelajar ijazah sarjana Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan UMT bersama pensyarah mereka, Prof Dr Mohd Zamri Ibrahim selaku ketua.

Seorang anggota kumpulan itu, Khairul Anwar Mohmad, pelajar Ijazah Sarjana Fizik (Tenaga Diperbaharui) berkata, “Melihatkan kawasan UMT yang berhampiran dengan laut, kami mendapat idea untuk menggunakan ombak, sumber alam semula jadi ini, untuk projek tersebut”.

Inovasi itu menyerupai aplikasi penggunaan tenaga berasaskan sumber cahaya suria (sistem solar) dan sumber angin (sistem kincir), katanya kepada kepada Bernama di Pameran Elektrik, Kuasa dan Tenaga Diperbaharui Malaysia 2017 di sini baru-baru ini.

Beliau berkata, sistem itu akan ditempatkan di kawasan pantai berhampiran UMT, dan bersifat kalis air serta tahan lasak untuk menerima pukulan ombak.

“Bila sistem ini menerima pukulan ombak setinggi tiga meter secara konsisten dalam tempoh satu jam, ia mampu menjana bekalan elektrik sehingga 40kW atau bersamaan penggunaan untuk empat buah rumah selama sebulan,” kata beliau.

Khairul Anwar berkata, pada peringkat awal, tenaga yang dijana akan dibekalkan secara percuma kepada masyarakat di perkampungan nelayan di Kuala Terengganu.

Katanya, projek itu mendapat geran RM1.4 juta daripada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, dan kini dalam fasa rekaan dan penambahbaikan.

“Kami menyasarkan inovasi ini akan digunakan sepenuhnya pada 2019 sekaligus boleh memberi bekalan elektrik percuma kepada golongan nelayan berkenaan,” kata beliau. – BERNAMA

Tags: ombak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

METMalaysia Keluarkan Amaran Angin Kencang, Ombak Sehingga 3.5 Meter

METMalaysia Keluarkan Amaran Angin Kencang, Ombak Sehingga 3.5 Meter

06/05/2023
0

KUALA LUMPUR : Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama dan kedua serta ribut...

8 Sekeluarga Dihanyutkan Ombak Di Oman, Dua Maut

8 Sekeluarga Dihanyutkan Ombak Di Oman, Dua Maut

16/07/2022
0

MUSCAT, OMAN – Percutian sebuah keluarga dari India di pantai Oman bertukar tragedi apabila lapan daripada mereka dihanyutkan ombak besar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd