• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

NTP Wujudkan 1.8 Juta Kerja Antara 2010 & 2016

oleh Ahmad Albab
23/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Program Transformasi Negara (NTP) mewujudkan 1.8 juta pekerjaan antara 2010 dan 2016, dan lebih satu juta merupakan pekerjaan berpendapatan tinggi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata melalui NTP, pendapatan negara kasar meningkat hampir 50 peratus dan Malaysia hampir mencapai matlamat membasmi kemiskinan dengan menurunkannya kepada 0.6 peratus.

“Kita telah membendung inflasi dan pengangguran pada tahap rendah, dan telah diiktiraf oleh institusi global seperti Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa atas langkah pembaharuan yang dilaksanakan.

“Kita berada pada landasan yang kukuh untuk menjadi negara berpendapatan tinggi. Ringkasnya kita mempunyai satu perancangan ekonomi. Pelan itu kini
berjaya, kita telah melaksanakannya dan kita akan terus menyampaikannya,” kata Najib dalam ucaptama pada Forum Transformasi Global di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Najib berkata melalui NTP, tiada rakyat Malaysia yang tercicir, kerana keperluan semua orang dipenuhi dan semua komuniti berupaya menyumbang dan berkongsi kekayaan negara ini.

Najib berkata bagi membantu mereka yang kurang mampu berdepan dengan peningkatan kos sara hidup dan juga untuk merangsang aktiviti ekonomi dalam pasaran pengguna, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) diperkenalkan pada 2012, yang menyasarkan bantuan kepada 7.28 juta isi rumah berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan dalam tahun 2016.

Sebagai tambahan, kerajaan menyasarkan pembinaan 1.1 juta rumah kos rendah mampu milik untuk isi rumah berpendapatan sederhana dan rendah termasuk perumahan bagi penjawat awam dan generasi baharu peneroka Felda, dengan 21 peratus projek telah pun siap dan 22 peratus lagi kini dalam pembinaan.

“Satu daripada sebab kenapa NTP amat berjaya dan kenapa kita boleh memperkenalkan program-program seperti BR1M dan pelbagai rancangan perumahan, adalah kerana kita menetapkan fokus yang kukuh terhadap dua bidang iaitu modal insan dan kesalinghubungan.

Najib turut menyenaraikan program di bawah NTP, antara lain pusat baharu inovasi; melonjakkan penyertaan wanita dalam tenaga kerja; dan menyokong kedudukan wanita bagi jawatan dalam lembaga dan kepimpinan.

Turut hadir pada GTF 2017 itu anjuran Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanan (Pemandu), ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Pegawai Eksekutif Pemandu Datuk Seri Idris Jala dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa. – BERNAMA

Tags: NTPpekerjaan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin DAP mendakwa negeri yang mempunyai penglibatan parti itu dalam pentadbiran kerajaannya menunjukkan pembangunan ekonomi yang...

Ekonomi Malaysia Berkembang, Pekerjaan Bertambah, Perbelanjaan Rakyat Meningkat – Tengku Zafrul

Ekonomi Malaysia Berkembang, Pekerjaan Bertambah, Perbelanjaan Rakyat Meningkat – Tengku Zafrul

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Bank Dunia menaikkan unjuran pertumbuhan Malaysia sebanyak dua kali dari 4.0 peratus kepada 4.1 peratus dan terkini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd