• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, April 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

NSBA Rayu Pemimpin Berkompromi Isu Presiden BAM

oleh Ahmad Albab
22/03/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Pemangku Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Mohamed Al-Amin Abdul Majid dan timbalannya, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria diminta berkompromi dalam perebutan jawatan presiden badan induk itu.

Presiden Persatuan Badminton Negeri Sembilan (NSBA), David Wee Toh Kiong meminta kedua-dua pihak menyelesaikan perkara itu secara kekeluargaan dan mengekalkan hubungan harmoni di antara mereka.

Menurutnya, kedua-dua mereka memberi sumbangan yang tidak ternilai dan telah berkhidmat dengan cemerlang bersama BAM.

“Malah, mereka banyak memberi inspirasi sehingga badminton berjaya meraih tiga pingat perak pada Sukan Olimpik Rio tahun lepas.

“Ambillah jalan terbaik bagi mencapai satu keputusan yang dapat memuaskan semua pihak. Tidak ada perkara yang tidak boleh diselesaikan jika masing-masing boleh bertolak-ansur,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

David berkata setahunya anggota Majlis BAM tidak mahu ada pertandingan atau perebutan untuk jawatan tertinggi persatuan itu.

Namun tegasnya, anggota majlis tidak boleh menentukannya kerana keputusan berada di tangan kedua-dua pemimpin kanan BAM itu.

“Jika kami (anggota Majlis BAM) perlu membuat keputusan, maka ia akan menjadi sesuatu yang sukar dan saya fikir keadilan dan kebenaran akan mengatasinya,” katanya.

David yang juga Naib Presiden BAM berkata BAM adalah persatuan yang berjaya kerana mempunyai kakitangan, pemain dan jurulatih yang berdedikasi.

“Kami sebagai pegawai boleh menyokong mereka ke arah kejayaan. Namun tiada seorang pun daripada kami boleh mengambil pujian penuh atas pencapaian mereka kerana pengorbanan dan kesakitan adalah daripada mereka,” katanya. – BERNAMA

Tags: badmintonBAM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tengku Zafrul Calon Tunggal Presiden BAM, Pencalonan Masih Dibuka – Kenny

Tengku Zafrul Calon Tunggal Presiden BAM, Pencalonan Masih Dibuka – Kenny

06/05/2025
0

MENTERI Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz masih lagi menjadi calon tunggal bagi jawatan presiden pada...

SPRM Sahkan Siasat BAM

SPRM Sahkan Siasat BAM

03/12/2024
0

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan siasatan telah dibuat terhadap kepimpinan tertinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM). IKUTI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd