• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Tekad Terus Bawa Pembaharuan Di Kelantan

oleh Ahmad Albab
13/03/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BACHOK – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bertekad untuk terus membawa pembaharuan di Kelantan dengan melaksanakan lebih banyak projek pembangunan bagi manfaat rakyat.

Beliau berkata projek pembangunan bagi kebaikan rakyat dan membantu mengembangkan ekonomi Kelantan itu termasuk pembinaan Hospital Bachok dan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Selain itu, katanya, kerajaan juga menyediakan kemudahan lain seperti hospital baharu di Kuala Krai bernilai lebih RM300 juta yang sedang dalam pembinaan.

“Kita buat hospital, universiti dan kereta api moden untuk rakyat Kelantan kerana ambo (saya) sayang rakyat Kelantan,” katanya ketika berucap melancarkan program Jom Bantu Rakyat dan majlis pecah tanah Hospital Bachok di Kampung Bator, Jelawat, di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam dan Ketua UMNO Bahagian Bachok, Datuk Dr. Awang Adek Hussin.

Perdana menteri berkata bagi merealisasikan pembaharuan di Kelantan itu, kerajaan telah menambah peruntukan sehingga RM12.11 bilion dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11).

Beliau berkata ini menunjukkan peningkatan yang ketara berbanding peruntukan dalam RMK-8 sebanyak RM3.37 bilion, diikuti RM6.9 bilion dalam RMK-9 dan RM5.6 bilion dalam RMK-10.

“Pemimpin terdahulu dari ambo, tak payah sebut nama, dia kata orang Kelantan ini patut kita dera, kurangkan peruntukan. Ambo tak percaya, ambo tak kurang, ambo tambah peruntukan untuk rakyat Kelantan,” katanya.

Najib berkata bagi membela nasib rakyat, kerajaan juga akan membina lebih banyak rumah untuk rakyat miskin di negeri ini.

Beliau turut meluluskan peruntukan masing-masing RM56,000 untuk membina rumah baharu bagi menggantikan rumah usang yang diduduki tiga keluarga yang dilawatinya di sini.

Najib seterusnya mahu rakyat Kelantan memberi sokongan kepada kerajaan yang diterajui Barisan Nasional (BN) bagi memudahkan pembaharuan itu dilaksanakan dengan cepat.

Menurut perdana menteri, rakyat khususnya di Bachok akan menikmati pelbagai kemudahan di hospital baharu itu apabila ia siap dibina pada 2019 dan rangkaian kereta api moden ECRL lima tahun dari sekarang.

Dalam pada itu, beliau membidas pihak tertentu termasuk pembangkang yang mengutuk kononnya kerajaan Malaysia bankrap.

“Kalaulah kerajaan Malaysia bankrap, takkanlah (Raja Arab Saudi) Raja Salman (Abdulaziz Al Saud) datang melabur di negara ini dan mewujudkan King Salman Centre. Raja Salman juga menyanjung tinggi dan mengiktiraf kepimpinan kerajaan Malaysia,” katanya.

Najib menegaskan kerajaan akan terus berusaha menjadikan Malaysia lebih maju dalam semua bidang dan bukannya dihina dan diperlekeh mana-mana pihak.

Dalam ucapannya yang kerap mendapat tepukan gemuruh hadirin, Najib berkata Korea Utara tidak harus memperlekeh rakyat Malaysia berikutan kes pembunuhan Kim Jong-nam.

“Hormat kita dan pastikan rakyat kita selamat,” kata perdana menteri, merujuk kepada sembilan lagi warga Malaysia yang tidak dibenarkan keluar dari Korea Utara.

Hubungan Kuala Lumpur-Pyongyang tegang berikutan pembunuhan Kim Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (klia2) pada 13 Februari.

Rentetan itu, pada Selasa lepas Korea Utara mengumumkan larangan bagi rakyat Malaysia keluar dari negara berkenaan.

Pada mulanya 11 rakyat Malaysia terlibat namun dua daripada mereka iaitu petugas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, dibenarkan meninggalkan Korea Utara dan kini berada di Beijing.

Najib juga diberi taklimat mengenai pembinaan sebuah stesen ECRL di Jelawat di sini. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakKelantan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Menang Namun Dollah Akui Prestasi Pemain Masih Goyah

Next Post

Video: Lelaki Ini ‘Bangun’ Laungkan Azan Ketika Koma

Related Posts

Kes SRC: Nasib Najib Diketahui Selasa Ini

Kes SRC: Nasib Najib Diketahui Selasa Ini

04/05/2025
0

Kuala Lumpur: Keputusan sama ada Jabatan Peguam Negara (AGC) menerima representasi dikemukakan Datuk Seri Najib Razak untuk menggugurkan tiga lagi...

Projek Tebatan Banjir Di Kelantan Disegerakan – PM

Projek Tebatan Banjir Di Kelantan Disegerakan – PM

12/04/2025
3

BACHOK: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan akan menyegerakan projek tebatan banjir di Kelantan bagi menyelesaikan masalah banjir yang saban...

Next Post

Video: Lelaki Ini 'Bangun' Laungkan Azan Ketika Koma

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd