• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, August 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Melaka Guna Lampu Jalan LED Jimat Tenaga Elektrik

oleh Ahmad Albab
26/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Kerajaan negeri Melaka sedang melaksanakan kerja penukaran lampu jalan kepada berasaskan LED (Diod Pemancar Cahaya) secara berperingkat sebagai satu daripada usaha menjimatkan tenaga elektrik dan melestarikan alam sekitar.

Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Melaka Datuk Ismail Othman berkata usaha berkenaan akan dilakukan empat pihak berkuasa tempatan di negeri ini dan ia dimulakan di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Bersejarah Melaka (MBMB) sejak akhir tahun lepas.

Beliau berkata setakat ini, lebih 1,000 lampu jalan LED telah ditukar di beberapa kawasan pelancongan termasuk di Bandar Hilir dan Klebang.

“Berdasarkan perbincangan dengan Asian Development Bank sebelum ini, sebanyak 120,000 lampu jalan berasaskan LED akan ditukar dan ia akan dilakukan secara berperingkat.

“Kita sangat serius dalam usaha mengaplikasikan teknologi hijau ini secara keseluruhan dan ia merupakan matlamat kerajaan negeri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan ‘Earth Hour Night Walk’ di sini, malam tadi.

Majlis tersebut turut dihadiri Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Halimah Mohamed Sadique.

Mengulas lanjut, Ismail berkata Melaka menjadi rujukan beberapa negeri lain bagi pengamalan teknologi hijau berdasarkan beberapa pencapaian dan anugerah yang diperoleh di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Sementara itu, Halimah berkata kementeriannya sentiasa menyokong usaha kerajaan negeri Melaka ke arah pengamalan teknologi hijau menerusi pelbagai seminar, forum dan sebagainya melibatkan pihak berkaitan termasuk peringkat antarabangsa. – BERNAMA

Tags: lampuMelaka
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Video Zahid Mahu Teruskan Persefahaman BN-PN Di Melaka Kembali Tular

Video Zahid Mahu Teruskan Persefahaman BN-PN Di Melaka Kembali Tular

22/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Rakaman video kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada 1 Ogos lalu...

ADUN DAP Melaka Mohon Projek Penambahbaikan RM2 Juta Kepada Menteri KPKT

ADUN DAP Melaka Mohon Projek Penambahbaikan RM2 Juta Kepada Menteri KPKT

21/08/2026
0

MELAKA - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Melaka mengemukakan permohonan bagi beberapa projek penambahbaikan bernilai keseluruhan kira-kira RM2 juta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd