• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Masyarakat Masih Pandang Mudah Soal Keselamatan

oleh AK-47
27/03/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMAMAN – Tahap kesedaran masyarakat dalam menjaga harta peribadi terutama kenderaan masih di tahap rendah.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Supt Mohd Said Ibrahim berkata sikap ambil mudah dan merasakan sesuatu lokasi itu selamat terutama di kawasan rumah menjadi faktor penyumbang jenayah curi berlaku.

“Apabila berada di kawasan rumah mereka mengambil mudah dengan tidak mengunci kenderaan dan tidak menggunakan kunci tambahan.

“Sikap sambil lewa seperti ini memberi peluang dan ruang kepada penjenayah…orang ramai perlu ingat jenayah tidak mengira tempat, waktu dan mangsa,” katanya kepada Bernama hari ini.

Menurutnya dalam tempoh Januari hingga 24 Mac lalu sebanyak 69 kes kecurian harta benda direkodkan di daerah itu dan 44 kes melibatkan curi motosikal.

Mohd Said berkata walaupun jumlah itu tidak membimbangkan dan terkawal, langkah pencegahan perlu dilaksanakan serta memberi kesedaran kepada orang ramai.

“Walaupun telah banyak program dilaksanakan, kesedaran mereka masih kurang dan polis juga mengharapkan kerjasama orang ramai bagi membasmi dan melaporkan kejadian jenayah di kawasan setempat.

“Orang ramai juga tidak boleh mengharapkan polis semata-mata bagi menangani kesemua kes jenayah,” katanya.

Menurut Mohd Said, bagi mengatasi masalah tersebut, pihaknya sering bekerjasama dan menganjurkan program kepolisan masyarakat dalam usaha meningkatkan tahap kesedaran orang ramai. – BERNAMA

Tags: Supt Mohd Said Ibrahim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

2 Lelaki Pecah Masuk Dewan Komuniti Cina Kemaman Diburu

04/11/2016
0

KEMAMAN - Pihak polis memburu dua lelaki yang dipercayai memecah masuk Dewan Komuniti Cina, di sini dan mencuri beberapa peralatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd