• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Masalah Perumahan Rakyat: Kerajaan Tak ‘Cakap Kosong’

oleh Ahmad Albab
03/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SANDAKAN – Keperihatinan kerajaan mengatasi masalah rakyat untuk memiliki rumah bukan sekadar ‘cakap kosong’ sebaliknya menjadikannya kenyataan menerusi pelaksanaan beberapa skim baharu.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar berkata skim itu diperkenal bagi membolehkan semua rakyat daripada kategori miskin, kumpulan B40 sebagai isi rumah dengan pendapatan bulanan sehingga RM3,855 dan M40 yang berpendapatan antara RM3,860 dan RM8,319 dapat memiliki rumah.

Bagi golongan miskin, katanya kerajaan membina rumah untuk mereka menerusi Program Perumahan Rakyat (PPR) dan konsep Sewa-Beli.

“Kadar sewa hanya RM124 sebulan manakala menerusi konsep sewa-beli, rakyat boleh membeli rumah dengan harga RM35,000 berbanding harga rumah RM150,000.

“Kita tidak boleh nafikan keperihatinan kerajaan terhadap rakyat terutamanya yang berkaitan masalah perumahan. Ia bukan cakap kosong tetapi kenyataan,” katanya pada perasmian Rumah PPR Taman Batu Sapi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sini, hari ini.

PPR Taman Batu Sapi mempunyai 180 unit rumah termasuk lima unit untuk Orang Kurang Upaya (OKU).

PPR itu turut dilengkapi kedai, gerai, dewan serbaguna, gelanggang sepak takraw dan bola tampar serta taman permainan kanak-kanak.

Noh berkata bagi kumpulan M40, dua skim diperkenal iaitu Skim Perumahan Mampu Milik Swasta atau Myhome dan Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama atau MyDeposit untuk pemilikan rumah pertama.

Katanya kerajaan memberikan subsidi RM30,000 bagi golongan itu membeli rumah dengan harga RM300,000 ke bawah.

Sehingga kini, kerajaan sudah membelanjakan RM178 juta yang memanfaatkan 34,000 pembeli rumah bagi skim itu.

Bagi Skim MYdeposit, katanya, kerajaan menyediakan subsidi RM30,000 kepada pembeli rumah baharu dan rumah terpakai.

“Sehingga hari ini, kerajaan sudah memberikan subsidi RM14 juta kepada pembeli rumah di bawah skim ini,” katanya.

Noh juga berkata kerajaan perihatin dengan masalah rakyat yang membeli rumah swasta tetapi projek itu terbengkalai menyebabkan mereka sukar membayar pinjaman bank dan sewa rumah.

Sejak 2009 sehingga kini, sebanyak 262 projek perumahan dikendali pihak swasta terbengkalai di seluruh negara menyebabkan rakyat yang membelinya tidak dapat memiliki rumah.

Menurutnya kerajaan membelanjakan RM205 juta bagi memberi pembiayaan kepada rakyat yang tidak dapat memiliki rumah akibat terbengkalai.

Mengenai pembinaan PPR di Sabah, Noh berkata sebanyak 26 projek PPR telah dibina, lapan projek sedang pembinaan dan empat lagi projek sedang dirancang.

Kerajaan negeri Sabah bekerjasama rapat dengan kerajaan pusat dalam menyediakan perumahan kepada rakyat menerusi PPR ini.- BERNAMA

Tags: Tan Sri Noh Omar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jamal Yunos Nafi Marah Noh Omar Dalam Media Sosial

30/11/2018
0

KUALA LUMPUR - Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos menafikan beliau mengeluarkan kenyataan bagi memburuk-burukkan Tan...

Speaker Berat Sebelah Benarkan Tuduhan ‘Rompak’

10/08/2018
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar mendakwa speaker bersikap berat sebelah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd