• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mara Peruntuk RM2 Bilion Taja 68,000 Pelajar

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persidangan Dewan Rakyat hari ini diberitahu Majlis Amanah Rakyat (Mara) memperuntukkan RM2 bilion tahun ini untuk membiayai 68,000 pelajar tajaannya termasuk 20,000 pelajar baharu.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata penajaan itu diberikan kepada pelajar mengikut kategori kelayakan pendapatan ibu bapa masing-masing.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Hasan Malek (BN-Kuala Pilah) yang ingin tahu jumlah peruntukan dan pelajar yang ditaja Mara pada tahun ini.

Menjawab soalan asal Hasan mengenai kajian semula syarat kelayakan pemohon pinjaman pendidikan Mara memandangkan kos sara hidup yang meningkat, Ahmad Jazlan berkata Mara telah menaikkan had kelayakan pinjaman berdasarkan status sosioekonomi keluarga pemohon.

Katanya keluarga berpendapatan RM8,000 sebulan dan ke bawah layak dipertimbangkan menerima penajaan penuh meliputi yuran pengajian dan elaun sara hidup (ESH).

Pelajar daripada keluarga berpendapatan melebihi RM8,001 hingga RM15,000 sebulan layak dipertimbangkan mendapat sebahagian penajaan sahaja, sama ada yuran pengajian atau ESH.

“Untuk pelajar daripada keluarga berpendapatan RM15,001 ke atas pula hanya layak dipertimbangkan penajaan melalui lain-lain sumber seperti program kerjasama Mara dan bank-bank tempatan, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan lain-lain,” katanya. – BERNAMA

Tags: MARApelajar
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

26/09/2026
0

KUALA PILAH - Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek mengarahkan Jemaah Nazir menjalankan audit segera susulan kematian seorang murid Tingkatan...

Asyraf Wajdi Cadang MRSM Dinamakan Sempena Pengasas, Pencetus Idea Abdul Wahab Alwi

Asyraf Wajdi Cadang MRSM Dinamakan Sempena Pengasas, Pencetus Idea Abdul Wahab Alwi

26/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki bercadang mengemukakan cadangan kepada Menteri Kemajuan Desa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd