• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mangsa Culik Abu Sayyaf Jumpa Famili Di Rumah PM

oleh
27/03/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dua mangsa culik rakyat Malaysia yang diselamatkan pasukan keselamatan Filipina diserahkan buat kali pertama kepada keluarga masing-masing, pagi Isnin.

Abdul Rahim Sumas, 62, dan Tayudin Anjut, 45, yang diculik lebih lapan bulan lalu diserahkan dalam satu majlis ringkas diadakan di kediaman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, di Taman Duta, di sini.

Turut hadir ialah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Presiden Kelab Putera 1Malaysia (KP1M), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim serta ahli keluarga mangsa yang dibawakan khas dari Sabah.

Tayudin dan Abdul Rahim tiba di tanah air semalam menerusi penerbangan dari Manila, Filipina. Mereka ialah kru kapal tunda Serudong Tiga diculik pengganas Abu Sayyaf di perairan Dent Haven di Lahad Datu, Sabah.

Mangsa Culik Abu Sayyaf Jumpa Famili Di Rumah PM
Abdul Rahim (kiri) dan Tayudin ketika diselamatkan pihak berkuasa Filipina minggu lalu. – Foto Arkib

Tiga lagi rakyat Malaysia turut menjadi mangsa penculikan tersebut ketika kapal berkenaan dalam perjalanan rutin ke Semporna, Sabah selepas menghantar bekalan pasir di Sandakan, pada 18 Julai tahun lalu.

Mereka berdua namun diselamatkan Khamis lalu dalam operasi khas tentera dan polis marin Filipina di perairan Kalinggalang Caluang berhampiran Pulau Pata di Wilayah Sulu, selatan negara jiran tersebut.

Bagaimanapun nasib tiga lagi rakyat Malaysia iaitu Mohd. Ridzuan Ismail, 33; Fandy Bakran, 26; dan Mohamad Jumadil Rahim, 23; belum diketahui setakat ini. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: abu sayyafFilipina
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tangkapan Duterte Telah Menyebabkan Pelbagai Respons Antarabangsa

02/04/2025
0

BEKAS Presiden Filipina, Rodrigo Duterte ditangkap oleh Mahkamah Antarabangsa (ICC) di Hague, di mana beliau akan menghadapi perbicaraan atas dakwaan...

Siklon Tropika Trami: Malaysia Hulur Bantuan Kemanusiaan Kepada Filipina

Siklon Tropika Trami: Malaysia Hulur Bantuan Kemanusiaan Kepada Filipina

26/10/2024
0

KUALA LUMPUR : Malaysia akan menghulurkan bantuan kemanusiaan dan bencana kepada Filipina yang sebahagian rakyatnya kini terjejas akibat Siklon Tropika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd