• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Nafi Cabuli Sekatan PBB Ke Atas Korea Utara

oleh Ahmad Albab
04/03/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Malaysia menafikan dakwaan ia mencabuli sekatan yang dikenakan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) ke atas Korea Utara, kata Kementerian Luar dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut kementerian itu, Malaysia memandang serius kebimbangan menerusi laporan media baru-baru ini yang mengecam ketidakpatuhan Malaysia dengan sekatan yang dikenakan ke atas Korea Utara oleh Majlis Keselamatan PBB.

“Malaysia menolak sekerkas-kerasnya kecaman seperti ini,” tambah kementerian itu.

Laporan media itu mengaitkan deraf daripada laporan Majlis Keselamatan PBB yang menyebut Korea Utara telah mengelak sekatan antarabangsa dengan mempunyai rangkaian syarikat di luar negara termasuk di Malaysia.

Satu laporan media asing melaporkan perisikan Korea Utara mengendalikan operasi senjata di Malaysia di bawah nama Glocom, dan dua syarikat perdagangan – International Global System dan International Golden Services.

Menurut laporan PBB yang digubal untuk Majlis Keselamatan, ia menyebut Glocom ialah syarikat hadapan yang dikendalikan ejen perisikan Korea Utara yang menjual peralatan radio medan perang yang melanggar sekatan PBB.

Wisma Putra menegaskan Malaysia memandang tinggi usaha yang dilakukan Jawatankuasa Sekatan Majlis Keselamatan PBB ke atas Korea Utara, dengan memastikan pelaksanaan penuh bagi semua resolusi yang berkaitan.

Resolusi itu ialah Resolusi 1718 (2006) dan penubuhan panel terdiri daripada pakar-pakar menurut Resolusi 1874 (2009).

“Malaysia telah menyediakan maklum balas yang diperlukan kepada pertanyaan yang dibangkitkan panel pakar dan akan bekerjasama sepenuhnya dengan badan-badan ini sama seperti yang dilakukan sebelum ini,” katanya.

Hubungan di antara Malaysia dan Korea Utara tegang berikutan pembunuhan Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un di Lapangan Terbang Antarabangsa KL2 (klia2) pada 13 Februari lepas.

Jong-nam berada di klia2 untuk menaiki pesawat ke Macau apabila dua wanita menghampirinya dan menekup mukanya dengan tangan yang mengandungi bahan kimia yang dikenal pasti sebagai agen saraf VX.

Beliau kemudian dikatakan meminta bantuan daripada kaunter khidmat pelanggan di lapangan terbang itu, sebelum dikejarkan ke Hospital Putrajaya tetapi disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan.

Jong-nam tiba di Malaysia pada 6 Februari lepas. – BERNAMA

Tags: GlocomKorea UtaraPBB
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Minta PBB Kaji Semula Misi Pengaman Di Lubnan

Malaysia Minta PBB Kaji Semula Misi Pengaman Di Lubnan

09/04/2026
0

REMBAU – Malaysia akan mengambil langkah proaktif memohon Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyemak semula terma penugasan pasukan pengaman di Lubnan...

ASEAN: PBB Puji Dasar Luar Malaysia Dalam Isu Hak Rakyat Palestin

ASEAN: PBB Puji Dasar Luar Malaysia Dalam Isu Hak Rakyat Palestin

27/10/2025
0

ASEAN: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, memuji dasar luar Malaysia yang konsisten dan tidak berat sebelah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd