• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MAB Terima 2 Pesawat Airbus A350 Akhir 2017

oleh Ahmad Albab
09/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tempoh penyerahan dua pesawat Airbus A350 mengalami sedikit kelewatan dan susulan itu Malaysia Airlines Bhd (MAB) akan menerima kapal terbang berkenaan menjelang akhir 2017, kata Presiden bagi Pesawat Komersial Airbus, Fabrice Bregier.

“Ia akan tertangguh beberapa minggu memandangkan penjajaran kabin sedikit lewat.

“MAB telah mengetahui mengenai perkara ini. Katakan jika berlaku kelewatan selama sebulan (bagi penyerahan) ia masih merupakan rekod pencapaian yang baik bagi sesebuah pesawat baharu. Saya tidak akan kata ia lewat,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, penyerahan pesawat pernah mengalami kelewatan selama bertahun-tahun pada masa lepas.

MAB menandatangani perjanjian pajakan dengan Air Lease Corp pada September 2015 bagi empat pesawat A350-900 yang akan diserahkan mulai suku keempat 2017 hingga pertengahan 2018.

Pesawat A350 Airbus kini telah digunakan dirantau ini oleh Vietnam Airlines, Singapore Airlines, Cathay Pacific and Thai Airways.

Ketika ditanya sekiranya Airbus sedang berunding dengan MAB mengenai rancangan syarikat penerbangan tempatan itu untuk memperoleh pesawat rangka besar, Bregier berkata: “Ada, namun bergantung kepada keputusan dan pilihan mereka. Kami yakin pesawat A350 dan generasi baharu A330neo menawarkan semua konsep di bawah kumpulan pesawat A330.”

Beliau berkata, MAB yang menggunakan kira-kira 19 pesawat A330 mempunyai kru, penyelenggaraan serta juru terbang terlatih sedia ada, dan pesawat generasi baharu berkenaan menawarkan 15 peratus lebih baik bagi kecekapan bahan api.

“Mereka juga mempunyai misi serantau yang cemerlang dan berjangka panjang, jadi, kami percaya, Airbus berkedudukan baik (untuk dipertimbangkan oleh MAB).

“Kami perlu memberi tawaran terbaik untuk menyakinkan syarikat penerbangan itu yang berada dalam persekitaran sangat kompetitif,” katanya. – BERNAMA

Tags: AirbusMAB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Airbus Sahkan Tawar H225M Kepada TUDM

Airbus Sahkan Tawar H225M Kepada TUDM

08/05/2024
0

Kuala Lumpur : Syarikat Airbus Helicopters mengesahkan menawar H225M dalam pembidaan untuk program perolehan 12 helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia...

Satelit Komunikasi MEASAT-3d Dibina Airbus Sedia Dilancarkan

14/06/2022
0

TOULOUSE: Satelit komunikasi MEASAT-3d yang dibina oleh Airbus kini berada di Kourou, Guiana Perancis dan sedia untuk dilancarkan dengan menaiki...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd