Sunday, April 21, 2024

Creating liberating content

Brunei Mansuh Siaran Analog,...

BANDAR SERI BEGAWAN – Selepas Malaysia mula melancarkan penyiaran teresterial digital secara rasmi...

Tambang Tak Naik, Pengusaha...

PETALING JAYA - Beberapa pengusaha bas dikatakan merancang untuk mengurangkan perkhidmatan secara berperingkat...

‘Pengkhianat’ Sampah Plastik Diberi...

KLANG - Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) memberi...

Polis Rompin Rampas 1.84kg...

ROMPIN - Polis daerah Rompin merampas 1.84 kg heroin bernilai kira-kira RM50,000 dalam...

LPF Luluskan Tayangan Filem Beauty and The Beast Tapi…

KUALA LUMPUR – Lembaga Penapisan Filem (LPF) akhirnya meluluskan penayangan filem Beauty and the Beast dengan klasifikasi P13 dengan sedikit potongan membabitkan adegan homoseksual di dalam filem berkenaan.

The Star melaporkan, Pengerusi LPF, Datuk Abdul Halim Abdul Hamid berkata, pihaknya perlu mengambil perhatian kerana ia adalah isu sensitif.

Menurutnya, ini adalah susulan pengumuman yang dibuat pengarah filem berkenaan, Bill Condon mengenai adegan ‘gay’ dalam filem tersebut.

“Sebaik sahaja filem mendapat kelulusan, ini bermakna ia boleh ditayangkan.

“Bagaimanapun, tarikh dan lokasi tayangan bukan dibawah bidang kuasa LPF,” katanya dalam satu kenyataan.

Beauty and the Beast sebelum ini telah mendapat tarikh tayangan pada 16 Mac ini (Khamis).


Baca: Watak Gay, Tayangan Beauty & The Beast Ditangguhkan

Klasifikasi P13 bermaksud kanak-kanak dibawa umur 13 tahun dinasihatkan menonton dengan memerlukan bimbingan ibu bapa.

Filem itu terpalit dengan kontroversi apabila pengarahnya Bill Condon memberitahu majalah Attitude di United Kingdom bahawa karekter Le Fou merupakan seorang gay (pengamal hubungan sejenis).

Beauty and the Beast dibintangi pelakon hebat Emma Watson sebagai Belle, Dan Stevens (Beast) dan Luke Evans (Gaston). – MYNEWSHUB.CC

Kategori