Sample Page Title

LANGKAWI – Pameran Aeroangkasa dan Maritim (LIMA) relevan dan penting khususnya dalam aspek pertahanan dan ekonomi negara bagi jangka masa panjang, titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Selain menampilkan aset dan peralatan ketenteraan terkini, baginda bertitah pameran LIMA juga memberi pilihan terbaik untuk kerajaan mengkaji, menilai dan memilih sistem persenjataan canggih bagi mengukuhkan pertahanan negara.

“LIMA memberi peluang seluas-luasnya kepada negara dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) khususnya merancang hala tuju pembangunan organisasi dalam aspek pemilihan teknologi, keupayaan dan kapasiti aset pertahanan,” titah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah demikian selepas berkenan menerima kunjungan hormat Pengarah Urusan merangkap Presiden Heli-One Norway, Eddie Lane dan pengarah eksekutif jualannya, Helge Grosjfell yang menghadiri LIMA 2017 (LIMA’17) di sini, malam tadi.

Baginda, selaku Komander Rejimen 504 Askar Wataniah berpangkalan di Kem Bukit Ketri, Padang Besar, Perlis, berada di Langkawi untuk menyaksikan edisi ke-14 LIMA’17 yang bermula Selasa hingga Sabtu ini.

Sebelum itu,keberangkatan tiba baginda bersama Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil di Jeti Kuah petang semalam disambut oleh Timbalan Ketua Staf Perkhidmatan Anggota, Kementerian Pertahanan, Brig.Jen Datuk Abdul Manaf Md Zaid.


Dari sudut ekonomi, LIMA unggul dalam membantu negara dan ATM mendapatkan nilai terbaik bagi setiap ringgit yang dibelanjakan selain memberi peluang pelaburan kepada kontraktor tempatan, titah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah banyak maklumat didedahkan melalui LIMA harus dimanfaatkan oleh rakyat untuk meneroka industri maritim dan aeroangkasa yang menawarkan banyak peluang perniagaan.

“Rakyat tidak semestinya menceburi industri pertahanan secara khususnya tetapi boleh berkecimpung dalam bidang tersebut untuk mengembangkan teknologi, idea atau rekacipta,” tambah baginda. – BERNAMA

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

Kanada Berisiko Dilanda Taufan Fiona Hari Ini

KANADA: Hujan lebat dan angin kencang yang dibawa Taufan Fiona sudah melanda Bermuda yang...

Varian Baharu Omicron, BF.7 Dikenal Pasti

WASHINGTON – Saintis-saintis menemui satu lagi varian terbaharu Covid-19 yang bermutasi menjadi lebih kebal...

Bayi Perempuan Baru Lahir Ditinggalkan Di Atas Jalan Raya

KENINGAU: Seorang bayi perempuan yang baru lahir dan masih bertali pusat ditemui ditinggalkan di...

Lelaki Panah Anjing Hingga Mati Dicari Polis

PETALING JAYA: Polis sedang mengesan individu yang bertindak membunuh anjing terbiar dengan menembaknya dengan...

Antara Setiakawan Tok Mat Dan “Poster Boy” BN

Tiada siapa boleh mempertikaikan semangat setiakawan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad...

‘Datin’ Isteri Bekas Ahli Perniagaan Maut Dibunuh

SEREMBAN – Seorang wanita warga emas bergelar ‘Datin’ maut selepas dipercayai bergelut dengan suspek...

PM Cipta Sejarah Ucap Dalam BM Pada Perhimpunan PBB

New York : Enam puluh lima tahun selepas seorang pemimpin negara bernama Ismail mencipta...