• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Laporan Akhir MH370 Dikeluarkan Januari 2018

oleh Ahmad Albab
08/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Laporan akhir siasatan antarabangsa berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 yang genap tiga tahun hari ini, akan dikeluarkan dalam tempoh setahun dari tarikh pengumuman penggantungan operasi pencarian pada 17 Jan lalu.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata laporan akhir itu termasuk hasil siasatan Kawalan Trafik Udara (ATC) dan Kementerian Pertahanan Malaysia.

“Berdasarkan siasatan, pasukan penyiasat akan mengemukakan satu laporan terperinci dan syor-syor penambahbaikan keselamatan industri penerbangan awam negara kepada pihak berkepentingan,” katanya dalam sesi pertanyaan jawab lisan Persidangan Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan William Leong Jee Keen (PKR-Selayang) yang ingin tahu kos operasi pencarian MH370 serta sama ada laporan penuh akan dikeluarkan.

Liow berkata sehingga kini, kerajaan dianggar membelanjakan sekitar RM456 juta untuk operasi pencarian itu.

Katanya dalam mesyuarat tripartite peringkat menteri antara Malaysia, Australia dan China pada 22 Julai 2016, ketiga-tiga negara bersetuju usaha mencari MH370 di dasar laut dihentikan selepas pencarian awal meliputi kawasan seluas 120,000 km persegi tidak menemukan pesawat itu.

Bagaimanapun katanya usaha mencari MH370 akan disambung semula jika terdapat bukti baharu yang meyakinkan daripada pakar-pakar sebelum berpindah ke kawasan pencarian seterusnya.

Susulan penggantungan operasi pencarian itu, Jabatan Penerbangan Awam Malaysia memantau secara berterusan bukti-bukti baharu berkaitan MH370, kata Liow.

Liow berkata siasatan insiden MH370 dilaksanakan oleh Pasukan Penyiasat Bebas Antarabangsa yang ditubuhkan berdasarkan peraturan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa dan dianggotai oleh wakil-wakil bertauliah dari Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, China, Perancis, Singapura dan Indonesia.

“Siasatan dijalankan dengan telus dan adil berdasarkan Lampiran 13 (Konvensyen mengenai Siasatan Kemalangan dan Insiden Pesawat Penerbangsan Awam) yang menuntut semua maklumat penting dikongsi bersama dengan semua wakil-wakil bertauliah,” katanya.

MH370 yang membawa 239 orang hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac, 2014 dan usaha pencarian yang dilancar selepas itu bertumpu di Laut China Selatan, Laut Andaman dan selatan Lautan Hindi. – BERNAMA

Tags: MH370
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kerajaan Terus Sokong Inisiatif Wanita – Rohani

Next Post

Korea Utara: Pembangkang Minta Satu Taklimat Khusus

Related Posts

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

08/03/2025
2

KUALA LUMPUR: Hari ini, genap 11 tahun pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang ketika...

MH370: Kerajaan Setuju Terima Tawaran Ocean Infinity Teruskan Pencarian

MH370: Kerajaan Setuju Terima Tawaran Ocean Infinity Teruskan Pencarian

20/12/2024
0

PUTRAJAYA - Kerajaan bersetuju menerima tawaran daripada syarikat Ocean Infinity (United Kingdom) untuk meneruskan pencarian dasar laut bagi mengesan bangkai...

Next Post

Korea Utara: Pembangkang Minta Satu Taklimat Khusus

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd