Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Wan Azizah Beri Penghormatan,...

JAKARTA - Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail tiba di Jakarta, bagi...

Kecewa Adik-Beradik Keluar Kenyataan...

SINGAPURA - Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong kecewa kerana adik-beradiknya memilih untuk...

Keluarga Larang Ariff Bahran...

SEMAKIN dikenali ramai dalam industri hiburan negara, penyanyi meningkat naik, Ariff Bahran mengakui...

Pegawai Tentera Perlu Terus...

KUALA LUMPUR - Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail mengingatkan para pegawai...

Korea Utara Halang Rakyat Malaysia Keluar

EKORAN tindak balas Malaysia mengusir duta Korea Utara, pemerintah rejim Pyongyang hari ini mengisytiharkan semua rakyat Malaysia dilarang keras meninggalkan negara komunis itu.

Perkara yang mengejutkan itu diumumkan Kementerian Luar Korea Utara yang dipetik oleh agensi berita rasmi negara tersebut, KCNA.

Sekatan tersebut akan berterusan sehingga kes pembunuhan abang tiri kepada pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-nam diselesaikan dengan adil.

“Semua warga Malaysia di Korea Utara buat sementara waktu akan dilarang daripada meninggalkan negara ini sehingga kejadian yang berlaku di Malaysia diselesaikan dengan betul,” kata pegawai itu.

Ketika ini, terdapat 11 rakyat Malaysia yang berada di Korea Utara termasuk dua sukarelawan program bantuan makanan sedunia anjuran Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).


Manakala selebihnya adalah petugas dan ahli keluarga mereka yang berkhidmat di kedutaan besar Malaysia di Pyongyang.

Langkah yang tidak dijangka itu bakal menyaksikan kesemua mereka berpotensi menjadi tebusan di negara berkenaan. – MYNEWSHUB.CC

Kategori