• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kesilapan Saat Akhir Undang Padah Buat T-Team

oleh Ahmad Albab
13/03/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Tekanan emosi dalam perlawanan ‘abang-adik’ serta hilang fokus pada saat akhir menjadi punca kekalahan T-Team kepada Terengganu di pusingan ketiga kejohanan kalah mati Piala FA, semalam.

Ketua jurulatih T-Team, Rahmad Darmawan mengakui tekanan berdepan pasukan yang dianggap abang itu menyebabkan pemainnya tidak dapat melaksanakan tugas dengan baik.

“Pada masa tambahan, kami berjaya mengawal permainan tapi hanya satu kesilapan pada minit terakhir menyebabkan kami dihukum lawan.

“Kami kurang bernasib baik malam ini dan tahniah buat Terengganu yang sememangnya beraksi dengan baik sepanjang perlawanan. Inilah bola sepak, apa
juga boleh berlaku,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan semalam.

Dalam pertembungan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah itu, skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim membenam cabaran pasukan T-Team selepas menang 1-0 hasil jaringan pemain import dari Uzbekistan, Lutfulla Turaev pada minit ke-120.

Perlawanan itu turut dicemari insiden kekasaran sehingga memaksa pengadil, Mohd Nafeez Abdul Wahab melayangkan kad merah kepada pemain T-Team, Mohamad Azalinullah Mohammed Alias pada minit ke-62.

Nasib sama turut menimpa Terengganu yang terpaksa beraksi dengan 10 pemain, selang lapan minit kemudian selepas Mohd Firdaus Mohd Faudzi mengutip kad kuning kedua.

Kekecohan yang berlarutan kira-kira lima minit di antara kedua-dua pasukan memaksa pengadil Mohd Nafeez mengarahkan penolong pengurus pasukan Terengganu, Mohd Sabri Abas, dan penolong jurulatih Terengganu, Azhari Salim, meninggalkan padang kerana dikatakan mempertikaikan keputusan pengadil.

Sementara itu, Irfan Bakti lega dengan jaringan minit akhir yang telah menyelamatkan pasukannya untuk membawa cabaran ke suku akhir.

Beliau turut bangga dengan anak didiknya sepanjang yang diheret sehingga minit ke-120.

“Saya sudah berpesan kepada pemain untuk menghabiskan permainan dalam tempoh 90 minit kerana letih untuk bersambung sehingga masa tambahan…syukurlah mereka tidak mengalami kekejangan otot,” katanya. – BERNAMA

Tags: T-Team
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

T-Team Kekal Dalam Liga Super Musim Depan

29/10/2017
0

KUCHING - Tiada yang lebih menggembirakan jurulatih T-Team Rachmat Darmawan selain bersyukur apabila pasukannya berjaya mengekangkan Sarawak, sekali gus kekal...

Piala Malaysia: T-Team Bangkit Dari Kekalahan Bertimpa

02/08/2017
0

KUALA TERENGGANU – Selepas mengharungi empat perlawanan tanpa sebarang kemenangan dalam kempen Piala Malaysia, pasukan T-Team bangkit menebus kekecewaan itu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd