• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Kerjakan Dia’ Papar Realiti Wira Tak Didendangkan

oleh AK-47
13/03/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBELUM ini stesen televisyen tempatan sering kali memaparkan program realiti berbentuk hiburan nyanyian bagi mengisi slot-slot tayangan di kaca televisyen.

Bila lambakan program hiburan sebegitu, ada sesetengah netizen berpendapat rancangan sebegini tidak memberi manfaat serta menambahkan pengetahuan buat penonton.

Terbaharu, program Kerjakan Dia yang dipancarkan menerusi Astro Ria nampaknya berjaya memecahkan kebuntuan jenis-jenis rancangan hiburan lain.

Masakan tidak, program infotainment itu dilihat berjaya mencapai misi dan visinya yang mahu membawa pekerjaan wira-wira yang tidak didendangkan ini ke hadapan bagi difahami seluruh masyarakat di Malaysia.

Kebiasannya pekerjaan unsung heroes ini sering kali dipandang rendah, dipandang hina malah tak kurang yang memandang jijik pekerjaan mereka.

Namun, dengan adanya penerbitan rancangan sebegini diharap ia dapat membuat mata masyarakat agar lebih menghargai pekerjaan mulia yang dilakukan mereka demi mencari sesuap rezeki.

Orang kata kita tak akan tahu kepayahan atau kesusahan sesuatu pekerjaan itu jika tidak mengalaminya sendiri, jadi pihak produksi Kerjakan Dia telah menjemput setiap seorang selebriti Astro bersama hosnya, Dahlia Shazwan bagi melakukan pekerjaan yang mungkin tidak pernah diimpikan untuk dilakukan mereka selama ini.

Setakat ini program tersebut sudah bersiaran untuk tiga episod, yang mana sudah menayangkan realiti seharian pekerjaan sebagai pekerja pembersihan sampah, buruh kasar dan nelayan laut dalam.

Diharapkan di masa akan datang, lebih banyak produksi akan menerbitkan rancangan seperti Kerjakan Dia, di samping berhibur penonton pun dapat banyak manfaat dengan menonton program bercorak sebegitu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: pekerjaanselebriti
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin DAP mendakwa negeri yang mempunyai penglibatan parti itu dalam pentadbiran kerajaannya menunjukkan pembangunan ekonomi yang...

Ekonomi Malaysia Berkembang, Pekerjaan Bertambah, Perbelanjaan Rakyat Meningkat – Tengku Zafrul

Ekonomi Malaysia Berkembang, Pekerjaan Bertambah, Perbelanjaan Rakyat Meningkat – Tengku Zafrul

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Bank Dunia menaikkan unjuran pertumbuhan Malaysia sebanyak dua kali dari 4.0 peratus kepada 4.1 peratus dan terkini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd