• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ditipu RM4 Sehari, Lelaki Amuk Pecahkan Premis

oleh AK-47
14/03/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIBU – Seorang lelaki yang tidak dapat menahan kemarahannya selepas kredit telefon prabayarnya susut RM4 setiap hari bertindak memecahkan pintu kaca dan beberapa telefon bimbit di dua cawangan kedai sebuah syarikat telekomunikasi di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.45 tengah hari itu, suspek bertindak merosakkan premis di Jalan Wong King Huo sebelum memecut kenderaan jenis Hilux ke sebuah lagi pusat khidmat telekomunikasi sama di Jalan Keranji dan memecahkan pintu hadapan premis berkenaan.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Saiful Bahari Abdullah berkata, suspek yang berusia 30 tahun itu berjaya ditahan di sebuah lokasi di Jalan Belian kira-kira jam 5 petang semalam.

Menurutnya, siasatan awal mendapati suspek mengamuk kerana tidak berpuas hati apabila mendakwa kredit prabayarnya berkurangan sebanyak RM4 setaip hari.

“Polis berjaya menjejaki suspek yang bekerja di sebuah pusat hiburan di sini dan merampas kayu golf yang digunakan untuk merosakkan premis,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 506 dan 427 Kanun Keseksaan.

Ditipu RM4 Sehari, Lelaki Amuk Pecahkan Premis

Sementara itu, video kejadian berkenaan menjadi tular di media sosial dengan memaparkan suspek memecahkan pintu kaca di sebuah premis syarikat telekomunikasi di Sibu, Sarawak.

Situasi menjadi tidak terkawal apabila suspek memecahkan cermin premis dan pengawal keselamatan yang berada di tempat kejadian turut beredar kerana bimbang dicederakan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: mengamukserangsyarikatTelekomunikasi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bersatu Serang UMNO Dan PAS, Tak Serang DAP – Annuar

Bersatu Serang UMNO Dan PAS, Tak Serang DAP – Annuar

29/07/2026
0

SEREMBAN - Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa melahirkan rasa hairan dengan parti Bersatu. Menurut beliau, Bersatu menjadikan...

Anthony Loke Perlu Jelaskan Isu Kontrak  RM178.29 Juta Syarikat Adik Azam Baki

Anthony Loke Perlu Jelaskan Isu Kontrak RM178.29 Juta Syarikat Adik Azam Baki

22/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook perlu memberi penjelasan berhubung dakwaan penganugerahan kontrak bernilai RM178.29 juta kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd