• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kepincangan Dalam DAP Bukan Salah BN – Idris Haron

oleh Ahmad Albab
14/03/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – DAP diingatkan supaya tidak menyalahkan Barisan Nasional (BN) bagi sebarang kepincangan dan masalah dalaman parti itu sehingga menyebabkan anggota dan pemimpinnya keluar parti.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron berkata tindakan keluar parti itu, yang membabitkan 182 anggota DAP negeri ini semalam, jelas menunjukkan DAP bukan lagi sebuah parti yang diyakini masyarakat Cina.

“Jangan tuding jari…atau kaitkan pihak kerajaan atau BN kerana kami tidak ada kena mengena dalam urusan (perbalahan DAP) ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka di sini, hari ini.

Semalam akhbar melaporkan 182 anggota DAP Melaka keluar parti selepas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Goh Leong San; ADUN Bachang, Lim Jak Wong; ADUN Kesidang, Chin Choon Seong dan Anggota Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him berbuat demikian pada 12 Februari lepas.

Idris yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka berkata tindakan keluar parti anggota dan pemimpin DAP itu jelas menunjukkan kekecewaan mereka terhadap kepimpinan parti berkenaan.

“Mereka yang keluar DAP ingin memberitahu masyarakat supaya jangan buat kesilapan sekali lagi memilih pemimpin sedia ada sebagai wakil rakyat kerana ia boleh merosakkan masa depan rakyat di Melaka,” katanya.

Dalam pada itu, katanya pergolakan dalam DAP memberi peluang cerah kepada BN untuk merampas semula kerusi pembangkang pada Pilihanraya Umum Ke-14 akan datang. – BERNAMA

Tags: DAPDatuk Seri Idris Haron
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

19/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Dr. Ong Kian Ming berpandangan parti itu perlu mengambil tindakan lebih tegas sekiranya isu...

DAP Adakan ‘Mesyuarat Tergempar’ Esok Susulan Tahanan Rumah Najib

DAP Adakan ‘Mesyuarat Tergempar’ Esok Susulan Tahanan Rumah Najib

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP akan mengadakan mesyuarat esok bagi membincangkan dan memutuskan pendirian serta tindakan susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd