• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kejayaan Bawa Balik Bukti Keprihatinan Najib, Kerajaan

oleh AK-47
31/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Kejayaan membawa pulang sembilan rakyat Malaysia dari Korea Utara adalah bukti keprihatinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan kepada rakyat, kata Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron.

Beliau berkata usaha itu dicapai dengan pengurusan dan pentadbiran sistematik dilaksanakan kepimpimpinan Najib, sekali gus menunaikan janjinya kepada rakyat Malaysia untuk membawa pulang sembilan individu terbabit.

“Ini merupakan hadiah kepada seluruh rakyat Malaysia, apa berlaku selama ni diatur secara sistematik oleh kerajaan untuk bawa pulang rakyat Malaysia itu.

“Jika sebelum ini terdapat pihak yang cuba melakukan provokasi terhadap Najib, Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Polis Negara, namun kejayaan ini membuktikan kerajaan berjaya menyelesaikan krisis yang berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-34 Badan Amal Kebajikan Isteri Wakil-wakil Rakyat Barisan Nasional Negeri Melaka (Bistari) yang turut dihadiri Pengerusinya, Datin Seri Fadilah Abdullah yang juga isteri Idris.

Sembilan rakyat Malaysia yang sebelum ini dihalang meninggalkan Korea Utara susulan perbalahan diplomatik antara Kuala Lumpur dan Pyongyang, selamat tiba di tanah air awal pagi ini.

Pada 7 Mac lepas, Pyongyang menghalang rakyat Malaysia meninggalkan negara itu dan Kuala Lumpur mengambil tindakan sama ke atas warga Korea Utara yang berada di negara ini.

Sementara itu, Idris mengarahkan semua pihak termasuk Jabatan Pengairan dan Saliran, Majlis Perbandaran Alor Gajah dan Jabatan Kerja Raya untuk memastikan bencana banjir tidak berulang memandangkan keadaan cuaca tidak menentu sekarang.

“Selain itu, keadaan pembentung turut dipantau, sekiranya tidak dapat bantu menyelesaikan masalah banjir kilat, ia mungkin dapat menyegerakan banjir untuk surut,” katanya.

Pada pukul 1.30 tengah hari tadi semua pusat pemindahan di daerah Alor Gajah dekat sini yang dibuka akibat banjir, ditutup dan semua mangsa banjir dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Idris HaronDatuk Seri Najib Tun Razak
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

Nazif Banding Cara Najib, Anwar Urus Krisis Minyak

Nazif Banding Cara Najib, Anwar Urus Krisis Minyak

07/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin meluahkan rasa kesal terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd